Sabtu
Malam tadi tidur lewat nak dekat pukul 1 pagi baru tidur. Menyiapkan projek yang terbengkalai.
Macam biasa hari sabtu pagi2 dah bangun. Dah seminggu tak vacum dgn mop umah. Lantai rumah pun tak melekit2. Yer lah semasa marhaban kan orang ramai kuar masuk rumah jadi saya tak berkesempatan langsung nak vacum.
Siap kerja2 mengemas umah, gosok baju saya pun masak lah sikit. Yer lah dah pukul 12 tak masak2 lagi. Saya wat mee sup tulang jer. Masak simple2 sebab petang nie saya nak pergi open house umah adik ipar.
Pukul 4 petang pergi open house. Ingat kan pergi kejap yer. Last2 sampai kemalam jadi nya.
Singgah umah akak ipar lagi. Last2 sampai umah pukul 9 mlm. Mata dah mengantuk tapi sempat lagi tengok cerekarama.
Ahad
Hari nie pun bangun pagi2.. siapkan sarapan sebab anak sedara tido umah saya. Diaorang dah kemaruk main PS2 jadi pagi2 kul 630 dah bangun.
Kul 11 pagi kuar rumah, cuci kereta dulu terus berdesup ke Johor Jaya umah akak ipar pulak ada wat makan2 untuk family jer. Kat sini tak lama sebab saya nak pergi umah mak saya dulu.
Sebelum pergi umah mak saya harus menyinggah angsana. Lain nak di cari lain pulak di beli.
Tak ada dalam senarai langsung.
Sampai umah mak saya pukul 4 petang. Lepak2 umah dia sehingga maghrib. Pukul 720 saya dah berdesup kuar umah nak menuju ker Kangkar Pulai. Opismate wat open house.Orang pertama sampai dan orang pertama jugak balik sebab esok anak saya ada exam kat sekolah. Kena balik cepat. Cepat pun sampai umah pukul 930 malam. Pukul 10malam umah dah gelap. Mengantuk dan penat sesangat.
Urat sengal malas saya dah datang malas nak snap gambar2kat umah2 yang saya pergi.
Gambar nie pun masa lepak2 umah mak saya.
0 lompat:
Post a Comment