CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts

Monday, 29 September 2008

Shopping time..

Hari sabtu bangun jer terus penyakit rajin datang. Kali nie bersihkan lagi habuk2 yang bersawang kat kipas angin. Buat sendiri lah. Nak harap hubby dia sibuk kerja pulak.

Jadi wat lah perlahan2... siap semua kipas dah dibersih kan. Dah siap kemas umah pukul 2 petang bergerak pergi umah mak nak ambik langsir. Belikan mak barang yang dia kirim terus pergi umah dia. Tak singgah mana2 sebab haris pening kepala. Sampai umah mak duduk menyandar jer lah...

Haris pulak asyik cakap... "ibu.... haris pening..." saya cakap tunggu lah dah petang sayang kalau buang posa. Pukul 530 petang haris cakap lagi..."ibu.... haris dah tak tahan...." saya kata tunggu jap la...Dalam pukul 615 petang... saya tengok muka haris dah pucat.. dia dah mengigil2...siap cakap lagi dia dah tak tahan. Sebab kesian takut apa2 terjadi saya bagi dia minum air... sampai 2 gelas air dia minum, makan nasi dgn lauk kicap sebab lauk lain tengah masak. Sambil makan tangan dia saya tgk dah terketar2...saya suruh dia makan kenyang2... Lepas makan saya tanya dia pening pala lagi ker... dia kata pening lagi... saya mandikan dia... lepas tu baru dia boleh bercakap dan ketawa2 dgn saya. Dari yang tengahari tadi nak bercakap pun mcm dah tak larat. Mcm mana tak larat... dia bersahur pukul 11 malam. Malam lepas tgk cerita shin shan dgn doremon baru saya nampak dia ceria.

Dalam puluk 8 malam saya kuar dari umah mak saya nak g angsana... kebetulan kawan saya pun nak jumpa kat angsana. Punya lah jem... pening pala.Dah masuk angsana jgn lah cakap...nak beli apa pun semua nya kena beratur.Saya malas lah nak pening2 pala. Lepas jumpa kawan saya, saya terus balik sampai umah pukul 1230 malam. Terus bersemangat pasang langsir... sampai pukul 2 pagi.Esok pagi bangun sahur, sambung pasang langsir yang tergendala malam semalam. Kemas2 apa yang patut, kuarkan pinggan mangkuk yang nak guna masa raya nanti. Senang nati tak payar nak huru hara nanti.

Plan tengahari saya nak ke Jusco tebrau city nak cari handbag & perfume... pukul 2.00 petang kuar umah... pegi tebrau city lagi jem. Parking penuh... orang ramai..gilerrr weiiii...

Masuk lah dalam butik guess nak cari handbag... kalau dalam tu pun ramai orang...jadi apa yang saya tgk semua nya tak berkenan.Lepas tu cari kasut haris dkt al-ikhsan sport... pening2...saya rasa atas kepala saya nie dah nampak bintang. Dapat lah beli kasut sepasang. Masuk jusco nak survey handbag lagi dgn perfume... lagi berderet manusia. Last2 saya tak beli apa pun... hanya hubby dan haris jer yang beli barang.

Balik dari jusco singgah stulang... berbuka di sana bersama2 dgn adik beradik belah hubby..

Plan lepas berbuka nak g giant nak belanja barang dapur... hampehh jugak.

Adik saya pulak baru sampai dari kl... kunci pagar dia tak ada...jadi tak kemana pun terus balik.

Malam nie ingat nak g angsana lagi.Nak cari handbag, perfume, baju kurung dgn pinggan. Saya dah terberkenan satu pinggang makan kat Romantika. Hari sabtu pegi tgk... orang ramai beratur.. jadi pendamkan perasaan tu... tapi tak boleh tahan.. tdo pun termimpi kan pinggan tu...

Malam nie harus g serbu..
Nie koleksi mangkuk kuih saya. Alas meja tu... sama dgn dgn langsir saya...hahha... bukan ellyza punya... beli kat tangkak jer...Hisss... kalau dapat lah pingan makan... tentu match kan...

Friday, 12 September 2008

Berbuka hari ke 11


Ini juadah berbuka puasa semalam. Saya makan nasi beriani kambing.... sedappp,
mee goreng, popia basah dan kuih lapis. Ni semua beli. Tak sempat nak masak.
Lauk lemak masak cili padi tu lauk berbuka hari ke 10. Sayang nak buang... panas kan jer lah.
Sebenar nya mee goreng dan kuih lapis nie juadah wajib atas meja setiap hari sebab Haris mesti tanya kalau hidangan wajib dia saya tak belikan. Dia kan alergic nasi...Kadang2 saya paksa dia makan nasi. Kalau makan nasi dia campur dgn mee..Tak kisah lah janji dia puasa penuh.

Kurma nie customer saya bagi. Tahun nie dapat 2 kotak pulak. Kurma Safia tu yang ada tangkai.
Sedap kurma tu...

Tuesday, 2 September 2008

Malam menjelang nya Ramadhan...



Ni aktiviti haris dengan kawan2 dia pada malam menjelang nya ramadhan. Tiap2 tahun mesti beli bunga api. Sekejap jer main, sebab bunga api dah habis. Suruh beli lagi... tapi susah nak cari.
Tak per... nanti boleh cari lagi..





Puasa pertama saya pergi berbuka puasa di rumah mak saya. Haris pukul 6.45 dah duduk depan meja tak sabar nak berbuka. Alhamdullillah tahun nie puasa pertama dia tak wat hal.