CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Monday, 8 December 2008

Pagi Raya Aidil Adha


Juadah di pagi raya. Saya yang masak...hehee..opppssss...mak saya yang masak lor...saya tukang angkut bawa balik jer. Sebenarnya lauk nie saya ambik malam raya..Mak saya masak byk..
Plan pagi raya nak duduk umah sendiri jer...Tengok la nanti mcm ner.

Sunday, 7 December 2008

Salam Aidil Adha

Salam semua..

Semua Umat yang diKasihi oleh Allah dan beragama Islam. "Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha" Nabi Ismail adalah anak kesayangan Nabi Ibrahim. Namun begitu Nabi Ibrahim redha dengan arahan Allah s.w.t. untuk menjadikan anakandanya (Nabi Ismail) sebagai korban. Diatas ketaatan keduanya, akhirnya Allah s.w.t. telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.Adakah kita mampu untuk berkorban seperti mana Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail? Berkorbanlah dengan apa yang kita mampu. InsyaAllah, tahun baru yang bakal menjelang ini akan memberikan makna yang bernilai untuk kita semua.

Selamat hari raya dari saya sekeluarga... berhati2 kepada sesiapa yang balik kampung..
Selipar jgn lupa... jaga selipar anda...

Friday, 10 October 2008

Raya ke 3 - raya ke 5

Layan gambar dulu...Cerita di bawah..




Kat melaka bersama adik dan mak saya.



Dekat umah akak ipar kat muar.Akak no 2 hubby saya.





Saya bertolak balik kg pukul 3 petang dari umah. Ambik mak saya pukul 5 petang baru gerak dari skudai terus menuju ke muar. Jalan nak ke muar tak jem tapi dari arah Batu Pahat nak ke tol Yong Peng utara rasanya jem sejauh 5 km.Sampai kg kul 7 malam. Sampai2 dah penat berehat sajer lah kat umah atok saya. Sebab esok pagi2 dah plan nak beraya.
Esok nya kul 9 pagi dah kuar beraya.Kat kg saya tak pelik pagi2 buta dah datang beraya umah orang.Rumah pertama yang saya beraya ialah umah makcik saya kat Tmn Bakri, Muar.Ini adalah umah persinggahan dia saya. Saya ada kat umah dia seingga pukul 11 pagi jer sebab makcik saya nak balik umah dia kat kajang tengahari nanti.

Selepas saya balik umah makcik, saya singgah umah akak ipar saya kat Taman Sri Siantan, Muar. Sebelah2 jer taman dia orang. Kat umah akak ipar saya dijamu dgn mee bandung muar. Sedappp.. Tapi kat sini pun dah lama gak sebab saya nak ker Melaka umah pak busu saya pulak.
Saya sampai umah pak busu saya dalam pukul 2 petang..dan dijamu pulak dgn laksa johor.
Dalam pukul 4 petang saya bertolak menuju ke Banda Hilir. Dah alang2 sampai melaka... jalan2 jap ke Bandar Hilir. Mak saya pulak tak pernah sampai Bada Hilir.. Jadi saya bawa dia berjalan.
Hari punya lah panas...Jalan2 sehingga lah pukul 6 petang baru nak bertolak balik menuju ke Kg saya semula. Sampai umah atok saya dalam kul 7malam... makan lagi. Sedap tul keladi masak asam rebus lawan dgn ikan kering.. perghhh...Lepas tu mandi...siap2 apa yang patut.. beraya umah pokde dan pak andak saya. Pukul 10malam baru balik. Niat di hati nak tengok cerekarama pelita buluh... hampeh....dah mengantuk sgt..tak boleh ditahan2 lagi.
Esok pagi kul 9 pagi nak nak balik JB. Tapi otw balik JB nak singgah umah makteh pulak kat Tongkang Pecah. Dia ada wat open house.Kat sana pun kejap jer.. kul 11 pagi balik menuju ke Air Hitam mak saya nak beli tikar buluh. Kat sana murah sikit dari beli kat Jackel. Tikar yang biasa dapat RM33 yang besar dapat Rm50. Tapi rasanya tak boleh lawan harga dgn Nilai 3.Saya hanya beli kerepek jer. Sebab umah saya tak ada kuih...Pukul 2 petang saya dah sampai umah mak saya kat Skudai...
Penat nya... balik rasa nak deman...

Raya ke2

Raya dah lebih seminggu berlalu baru hari ni sempat nak update. Kerja yang banyak membuatkan saya tak menang tangan. Hari rabu pegi opis JB ada discussion dgn auditor.
Dah satu hari kat sana... kerja menimbun dah menunggu...
Raya kedua saya dah ada di umah saya sendiri. Dah petang baru ada umah. Sampai2 jer kemas sikit2.. kuar semula beli bahan2 untuk tetamu datang mlm nanti.Adik ipar sekeluarga dtg umah. Kalau raya ke2 nie nak cari udang ke, ikan ker... mmg tak ada. Kalau ada sumer nya bukan nya segar.Last2 goreng mee siam, ayam goreng & nugget jer.
Adik ipar saya sampai umah saya dalam pukul 9 malam. Kul 11 malam dia orang balik.
Selepas dia orang balik.. saya berkemas2 untuk pulang ke umah atok saya di Sg Balang, Muar.

Tuesday, 7 October 2008

Sesi bergambar pulak...

Gambar adik ipar yang bongsu dan dgn sebahagian daripada anak sedara belah hubby.













Raya Pertama..



Saya seperti 13 tahun yang lalu malam raya dan raya pertama wajib di umah mak saya sendiri.Rumah mak saya masak ketupat, rendang, sambal kacang & lodeh.Dalam pukul 10pagi saya keluar nak pegi kubur. Saya kena kuar cepat sbb pukul 4ptg nak beraya umah makcik saya. Umah mak saya dan umah mertua saya sepelaung jer... dalam 15min perjalanan dah sampai. Sebelum pergi ke umah family hubby saya, singgah lah dulu kubur FIL & MIL kat kebun teh.

Punya lah ramai orang kat kubur.. dah mcm pesta. Dalam sejam kat kubur, saya terus pergi umah family hubby. Tak jauh dari situ dalam 5-6 min dah sampai.

Nie kubur FIL.. saya tak turun sbb MC. Kubur MIL kat bahagian bawah. Kena naik keta gak. Saya tak ambik gambar sbb hubby parking kat tepi2 umah orang jer. Nak masuk dalam keta dah penuh.Sampai jer kat umah family hubby.. terus makan ketupat, rendang & lodeh. Tak lama lepas tu... makcik2 & pakcik2 hubby dtg beraya. Nie lah suasana nya.









Nie gambar masa raya pertama. Mmg tak der mood nak ambik gambar. Nak ambik gambar makanan pun malas. Ngantuk jer yang lebih. Maklumlah 2 bulan saya keletihan... bila time raya tau nak membuta jer.Nie gambar saja2 jer... Ingat balik umah nak ambik gambar semula... emmm... tak ada makna nya...lupa + malas .



Duit raya. Lain sampul lain duit nya.




Petang sebelum raya..

Hari selasa saya berkerja lagi tapi half day. Balik umah kemas2 apa yang patut. Kemas sikit2 jer. Vacuum, mop lantai, lipat baju, gosok baju kerja, baju sekolah anak siap2 kan semua termasuk kemas beg sekolah haris sekali.... nanti balik raya tak lah kecoh. Biasalah nanti kalau dah penat tau nak marah jer.


Malam semalam pegi angsana cari barang yang yang saya idam2kan... hahaha.. apa lagi cari pinggan ala2 english. Masa pergi hari sabtu pinggan sikit punya lah banyak... bila saya pergi hari isnin... pinggan yang saya berkenan tu dah habis......saya tak puas hati saya cari kat celah2 rak.. tak ada. Frust jgn cakap lah.Tapi nak sedapkan hati saya belilah gak pinggan makan dapat 5 pcs, piring dapat 4 pcs, mangkuk lauk dapat 2 pcs...nanti minggu depan harus terjah lagi kat romantika...tambah2 lagi apa yang patut. Ingat nak beli bunga... bunga pun habis kat romantika tu....nie lah akibat kalau shopping last minit..


Dalam sejam kat romantika saya singgah jakel beli cadar bunga2 english.Murah jer...Tapi tu lah yang berkenan mesti dah habis... Tapi beli lah gak.
Dah dapat apa yang saya nak baru saya teringat saya terlupa nak beli minyak wangi...Kat jb nie kalau nak cari minyak wangi mcm tak ada pilihan. Tak kan kerana nak beli sebotol minyak wangi kena tawaf 5 6 shopping complex.


Jadi hubby suggest beli kat satu kedai kat angsana dia ada jual mcm2 minyak wangi..


Beli lah satu... saya beli jenama berberry (betul ker ejaan nya??)...selama ni saya dah pakai eternity, ck, dior, tommy hilfiger dan entah apa lagi dah tak ingat... kali nie nak cuba berberry...


ok lah sesuai dgn kehendak saya.Tapi lupa nak ambik nak gambar. Mcm tak ada mood nak kuarkan camera.



Nie cadar yang saya beli. Belum apa2 dah dirasmikan oleh bujang sorang nie.


Langsir untuk pintu sliding depan.
Langsir dapur bunga2 ros english. Lupa nak snap gambar...

Kembali berkerja...

Assalamulaikum semua dan selamat hari raya..
Hari nie saya kembali berkerja setelah seminggu bercuti. Balik dari kg demam dan buang2 air besar jer. Mana tak nya... setiap kali beraya mcm2 makanan masuk.Nak tau xtvt semasa raya...
tunggu update dari saya....

Monday, 29 September 2008

Shopping time..

Hari sabtu bangun jer terus penyakit rajin datang. Kali nie bersihkan lagi habuk2 yang bersawang kat kipas angin. Buat sendiri lah. Nak harap hubby dia sibuk kerja pulak.

Jadi wat lah perlahan2... siap semua kipas dah dibersih kan. Dah siap kemas umah pukul 2 petang bergerak pergi umah mak nak ambik langsir. Belikan mak barang yang dia kirim terus pergi umah dia. Tak singgah mana2 sebab haris pening kepala. Sampai umah mak duduk menyandar jer lah...

Haris pulak asyik cakap... "ibu.... haris pening..." saya cakap tunggu lah dah petang sayang kalau buang posa. Pukul 530 petang haris cakap lagi..."ibu.... haris dah tak tahan...." saya kata tunggu jap la...Dalam pukul 615 petang... saya tengok muka haris dah pucat.. dia dah mengigil2...siap cakap lagi dia dah tak tahan. Sebab kesian takut apa2 terjadi saya bagi dia minum air... sampai 2 gelas air dia minum, makan nasi dgn lauk kicap sebab lauk lain tengah masak. Sambil makan tangan dia saya tgk dah terketar2...saya suruh dia makan kenyang2... Lepas makan saya tanya dia pening pala lagi ker... dia kata pening lagi... saya mandikan dia... lepas tu baru dia boleh bercakap dan ketawa2 dgn saya. Dari yang tengahari tadi nak bercakap pun mcm dah tak larat. Mcm mana tak larat... dia bersahur pukul 11 malam. Malam lepas tgk cerita shin shan dgn doremon baru saya nampak dia ceria.

Dalam puluk 8 malam saya kuar dari umah mak saya nak g angsana... kebetulan kawan saya pun nak jumpa kat angsana. Punya lah jem... pening pala.Dah masuk angsana jgn lah cakap...nak beli apa pun semua nya kena beratur.Saya malas lah nak pening2 pala. Lepas jumpa kawan saya, saya terus balik sampai umah pukul 1230 malam. Terus bersemangat pasang langsir... sampai pukul 2 pagi.Esok pagi bangun sahur, sambung pasang langsir yang tergendala malam semalam. Kemas2 apa yang patut, kuarkan pinggan mangkuk yang nak guna masa raya nanti. Senang nati tak payar nak huru hara nanti.

Plan tengahari saya nak ke Jusco tebrau city nak cari handbag & perfume... pukul 2.00 petang kuar umah... pegi tebrau city lagi jem. Parking penuh... orang ramai..gilerrr weiiii...

Masuk lah dalam butik guess nak cari handbag... kalau dalam tu pun ramai orang...jadi apa yang saya tgk semua nya tak berkenan.Lepas tu cari kasut haris dkt al-ikhsan sport... pening2...saya rasa atas kepala saya nie dah nampak bintang. Dapat lah beli kasut sepasang. Masuk jusco nak survey handbag lagi dgn perfume... lagi berderet manusia. Last2 saya tak beli apa pun... hanya hubby dan haris jer yang beli barang.

Balik dari jusco singgah stulang... berbuka di sana bersama2 dgn adik beradik belah hubby..

Plan lepas berbuka nak g giant nak belanja barang dapur... hampehh jugak.

Adik saya pulak baru sampai dari kl... kunci pagar dia tak ada...jadi tak kemana pun terus balik.

Malam nie ingat nak g angsana lagi.Nak cari handbag, perfume, baju kurung dgn pinggan. Saya dah terberkenan satu pinggang makan kat Romantika. Hari sabtu pegi tgk... orang ramai beratur.. jadi pendamkan perasaan tu... tapi tak boleh tahan.. tdo pun termimpi kan pinggan tu...

Malam nie harus g serbu..
Nie koleksi mangkuk kuih saya. Alas meja tu... sama dgn dgn langsir saya...hahha... bukan ellyza punya... beli kat tangkak jer...Hisss... kalau dapat lah pingan makan... tentu match kan...