CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 30 July 2008

Kasut pink




Kasut yang baru beli semalam. Dah lama x beli kasut.. Saya kalau dah berkenan x kira murah atau mahal..Pilihan saya kebanyakan yang fancy2... hehehe...


X kisah lah orang nak ketawakan rupa kasut saya... janji saya suka, ringan dan sedap memakai nya...

Ni antara koleksi2 kasut saya. Banyak yang saya dah buang..

Monday 28 July 2008

Barang dari elyza...


Barang yang saya tunggu2 dari linda dah sampai. Punya lah azab nak tunggu barang nie sampai... tapi bukan salah linda..salah abang posmen tu la... ada ker dia perap barang saya kat pej pos...
Hantu tul...
p/s untuk vogue2704... barang yang saya order tu dah siap ker...

Aktiviti hari ahad..





Ari ahad saya ada kat umah mak saya.. kemas2 umah dia sebab minggu depan nak cat umah dia.

Saya datang umah mak dari hari sabtu.. lepas jer balik sepetang bersama chef.... saya terus balik umah mak saya. Sampai2 jer umah mak saya... saya tgk dia dah balik kg... nak ambik buah2an...

Tapi mak saya dah masak kan untuk saya sekeluarga... hehehe....bagus punya anak...datang terus makan..Malam tu gak saya operasi umah mak saya... sambung lagi esok pagi.

Dah siap dalam tengahari..g makan kat Jusco... saya makan beef steak... tapi steak nie x power mcm kat kg melayu... tapi kat kg melayu nie dah tutup...

Sementara tunggu mak saya sampai...saya lepak2 dulu kat jusco...kul 4 ptg baru saya balik semula...dalam kul 5 ptg mak saya pun sampai.... banyak sayur2 kampung, durian, rambutan, manggis, duku dalam apa lagi saya pun x ingat... yang saya bw balik durian, rambutan n manggis jer...





Lepas sesi mengangkut buah2an, saya pun dgn muka x tau malu balik... Tapi x balik dulu...jalan g tesco extra...beli big apple...Dah byk kali beli rasa muak pulak...sbb yang sedap2 dah abis...
Sampai umah dalam kul 730 malam... bersiap2 untuk berkerja esok hari...

Sepetang bersama Chef Ismail & Chef Florence


Barang2 promosi dari nestle. Murah lah dari kedai luar.
Kalau kat kedai luar Cornflake 500gm dalam RM13++ ... tapi jual RM8.00.


Sesi bergambar dgn Chef..



Acara tarian zapin...saja2 wat gelak
Saya g dengan kawan saya dan biras saya. Kalau g tempat2 mcm nie kena berkawan.. kalau sorang2 ada mcm orang bodo jer nanti.

Bersama Mak Ungku - Penaung Mawar






Sepetang bersama Chef Ismail Dan Chef Florence ni diadakan pada hari Sabtu 26/7/08
bertempat di Dewan Hayati, Mawar, JB.
Nie kali kedua bengkel seperti nie saya g. Tahun Lepas dekat Hotel Hyatt.
Saya dikenakan bayaran sebanyak RM 30.00 dan saya dapat cenderahati dan langganan 3 bulan majalah saji secara percuma. Bengkel pada kali ini banyak kepada demostrasi saja. Kalau nak resepi saya kena beli nestle cornflake. Ada pulak mcm tu kan.... Penyertaan kali nie ramai... saya rasa lebih dari 100 orang... biasalah dah ramai2 suasana menjadi kelam kabut. Saya jadi pening kepala..Saya rasa bengkel yang membosan kan adalah bengkel pada kali ini. Minum petang pun sekadar mee n kuih muih jer.
Mcm tahun lepas kat Hotel Hyatt, bayaran RM60.00, langganan 6 bulan majalah saji percuma dan lagi best acara nya. Makan pun melambak2...
Harap2 tahun depan ada lagi...dan jgn lah kelam kabut mcm kali nie...
Kalau nak tgk muka saya beli lah majalah saji bulan 10.... hehehehe...



Friday 25 July 2008

Team Building

Boringgggg.... sedih...bengang....
Macam2 perasaan ada...muka saya nie mcm dah ada cop mohor kalau bab g kursus ke, team building, meeting ker, apa ker jadah ker... muka saya jer yang kena..

Tapi kalau nak wat recomendation untuk naik gaji ker, naik gred ker, naik pangkat apa kan lagi...
naper nama saya x pernah tersenarai???????

Tak adil kan...Itu lah boss di tempat saya... kerenah birokrasi & pilih bulu...
Saya terpilih lagi sekali untuk g team building pada 23 & 24 aug kat Port Dickson.Dah nak puasa...saya tengah byk kerja waktu tu...

Yang bengang tul tu..bos dan korni2 nya x tersenarai....tak adil kan..

Thursday 24 July 2008

MAKAN MALAM


semalam masak mee sup jer... Mee sup pun yang simple. Masak orang sakit dan malas...Kalau tak masak..nanti lapar ooo...Malam tido gelisah jer kalau perut lapar...
Kalau uoals nampak kaki ayam tu saper2 yang tak makan buat tak nampak jer la yer...... favourite kita tu....

Wednesday 23 July 2008

FAKTA....

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air sulingdan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celciusakan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalampembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorangpembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebuttidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotongkereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebutdipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenalisebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzodalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini padatahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yangbernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripadapenggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besiberani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarikbutir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untukmenarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicakmenyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornyasupaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudahtentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuhtelinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluarkadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atausilap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burungmempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampirsama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkanmasih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, apielektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wangringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayamdimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yangberupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untukmenggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja olehkawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telahmencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehheheheheheeh....... ....Sentuh la telinga korang ngan siku sampai iakena.......Tak normal la korang maknanya..

Monday 21 July 2008

Isnin yang membosankan...

Hari nie saya tak sihat. Deman urat + sakit tekak.Minggu lepas dgn minggu nie saya bz sikit kat umah. Minggu nie pun dah start bz..tapi kena beres kan gak...
Deman dari hari sabtu tak baik2. Nak kena g klinik kot cari MC... hehehe... mmg muka mc tiap2 bulan...
Pagi2 dtg kerja opismate bagi bermacam2 buah2an. Ambik kat dusun dia kat melaka.
Ada rambutan, manggis dan dukong....Alamat nya makin bertambah deman lah nie...
Dari pagi asyik duduk mengadap buah...

Friday 18 July 2008

yahoooooooooo....

Ari ni kan ari jumaat... hari paling gembira bagi saya...
Esok x kerja...yahooooooo!!!
Apa xtvt esok yer... mcm biasalah... operasi luar dan dalam umah....gosok baju, lipat kain....basuh bilik air, dan mcm2 lagi la...kerja2 yang meletihkan...

Koleksi mengumpul habuk...






Nie koleksi ayah dan anak....Koleksi2 nie semua ada kat bilik haris..
Si ibu dgn English style... si ayah dgn koleksi coca-cola n pepsi, si anak koleksi kereta hotwheell..

Majalah impiana



Bila nak design dapur mcm nie yer...??? eeeeee...geram...

Thursday 17 July 2008

alahai fasha



Alahai... wait n see jer lah... apa kata orang johor...

Kebakaran

Semalam ada kebakaran kat depan umah saya.Anak2 jiran main lighter. Biasalah budak2 nie makin di tegah makin dia nak tau..Ibunya g antar anak dia g sekolah agama.. Itu pun nasib baik ada jiran lelaki yang kebetulan x kerja. Kalau x dah rentung budak 3 orang tu..Kadang2 bila ada kebakaran kita akan jadi panik...dan salah sorang dari jiran saya cakap masa dia nak selamat kan budak2 tu ketika asap dah tebal kita akan nampak budak2 tu makin lama makin mengecil...Nasib baik jiran sebelah umah saya dgn kawan2 dia bantu...sorang tolong tendang pintu, sorang sembur air, sorang tarik budak tu keluar...
Tu nasib baik anak dia yang sulung umur 10tahun duduk tengok tv... terbau hangit g tengok dalam bilik dah penuh dgn asap... bayangkan kalau anak dia yang sulung x ada...emmmm... x leh nak bayang kan.
Malam semalam saya g melawat kejap... mmg teruk bilik dia... jiran saya dah mengigil.. dah mcm fobia dia...
Moral of the story...Kalau kita nak keluar jgn tinggalkan anak2 dalam umah wpun kita nak kuar sekejap saja.. Malang x berbau... bila berlaku sesuatu...semua orang akan jadi panik..

Tuesday 15 July 2008

DBU OUTING - PART 11


souvenir yang saya dapat. Tuala kecil & termos air. Ok lah dari x dapat.





Acara senamrobik. Saya x join pun tukang ketawakan orang jer..


Dia nie yang bw geng2 ppuan.. Masa nie nak kemas2 nak balik. Betul2 ikut tema kampung. NAsib baik x der anugerah pakaian terbaik... kalau x mesti dia menang. Opismate saya nie mmg mcm nie..ikut sedap hati dia jer nak pakai apa...Mcm kat kampung dia jer dia wat.Kitaorang ketawa dan kutuk2 dia wat x tau jer..

Masa nie dah nak berangkat. Balik kami semua singgah tangkak. Apalagi nak nyopping baju raya ler...Tapi saya dah siap untuk raya ...ingat nak ikut2 jer dia orang nie.. tiba2 ternampak langsir corak sama mcm elyza..apa lagi..la..yang bunga rose warna pink tu..juling biji mata jap.Kalau kat elyza semeter dalam RM30-35.. kat tangkak saya dapat semeter RM15 jer...Harga yang dia pamerkan RM25.00.
Tapi kualiti x sama mcm elyza lah...Alah mana orang tau saya beli kat mana pun...heheheh..Nanti saya update gambar langsir tu...saya lupa nak ambik gambar...sbb balik tangkak saya terus g umah mak saya dulu...sb excited nak antar langsir..hehehe...
Selain dari tu saya..beli langsir untuk bilik anak saya.. warna biru gambar spongebox...tapi anak saya suruh wat sarung bantal dia pulak.Cikabg kata nati g tangkak lagi beli...hrp2 cukup bulan nie dapat lah g...

Monday 14 July 2008

DBU OUTING - TIARA BEACH RESORT 12-13 JULY- part 1




Acara semasa dinner... ok lah gak






Pemandangan dari dalam bilik..



Dinner..warna tema biru..Masa nie acara belum mula lagi..


lagi acara masa dinner.


Kat R&R machap

Opismate yang baik.. suka melayan kami ..sebelah dia tu perempuan gakk.. tapi lain identiti..

Masa makan tengahari

Muka penat masing2...

acara telamatch..





Beg saya...mcm nak g lama jer..



















Saya bertolak dari umah kul 545 pagi..cikabg antar kat umah kawan saya...geng2 ppuan semua kena naik avanza. Sesampai jer kat umah opismate saya... ambil lagi geng kat dpn kipmart tampoi dalam kul 620pagi ... janji 2 orang tunggu kat situ...tapi anak dara yang lambat sampai.Bila dah sampai... ambik lagi geng lagi 3 orang dkt simpang Bt 10, skudai...nie lagi sorang anak dara terhengeh2 ..mak2 dara sumer on time... anak dara jer kelemban...Last2 kita orang bertolak pukul 7 pagi dari JB.. singgah machap untuk sarapan pagi...kat sini pun masalah gak.. anak dara mkn mcm pengantin...aduhhhh...siksa tul tunggu diaorang nie makan.







Siap jer terus bertolak ke Port Dickson. Kami jangka mesti sampai dalam kul 1030 pagi..Ikut jalan h'way kuar kat ayer keroh...terus masuk highway baru..ntah apa namanya... lepas tu ikut jalan tepi laut..Jakun jap tengok umah2 kat melaka...tiap2 umah bergayut buah rambutan n buah durian...alhamdullilah kami sampai dalam 1030 pagi..







Sampai jer terus register nama... ambil baju dan salin baju dulu..







Kami dipanggil untuk masuk dalam kumpulan untuk persediaan untuk pelbagai aktiviti.







Saya masuk dalam kumpulan 14. Nasib baik ada opismate sorang dalam tu... kalau x boring gak..







Mcm2 activiti seperti kampung race, kampung hunt dan kampung match. Saya masuk kampung match jer.. Mula2 masuk kampung hunt... bila dengar kena tangkap itik...eeeee....nak tangkap ayam pun geli apakan lagi nak tangkap itik....hehehe...anak orang bandar bak kata cikabag..







Tapi dalam hati teringin nak masuk kampung race. Yang nie mencabar giler... wat rakit, flying fork(betul ke ejaan nie), lari atas titi... tapi pasal nie kerja berat dan membabitkan stamina yang tinggi... jadi saya kena lupakan jer..Semua aktiviti selesai kul 6.00 petang. Untuk persembahan malam group kami wat persembahan POCO-POCO...masing2 dah tak ada idea wat berlakon ker...apa ker... poco2 jer senang.Nie pun x banyak saya ambil... sbb byk xtvt kena wat..Nanti apa pulak orang cerita...asyik nak ambik gambar jer mcm wartawan pulak... hehehe...malu jer..