CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 10 October 2008

Raya ke 3 - raya ke 5

Layan gambar dulu...Cerita di bawah..




Kat melaka bersama adik dan mak saya.



Dekat umah akak ipar kat muar.Akak no 2 hubby saya.





Saya bertolak balik kg pukul 3 petang dari umah. Ambik mak saya pukul 5 petang baru gerak dari skudai terus menuju ke muar. Jalan nak ke muar tak jem tapi dari arah Batu Pahat nak ke tol Yong Peng utara rasanya jem sejauh 5 km.Sampai kg kul 7 malam. Sampai2 dah penat berehat sajer lah kat umah atok saya. Sebab esok pagi2 dah plan nak beraya.
Esok nya kul 9 pagi dah kuar beraya.Kat kg saya tak pelik pagi2 buta dah datang beraya umah orang.Rumah pertama yang saya beraya ialah umah makcik saya kat Tmn Bakri, Muar.Ini adalah umah persinggahan dia saya. Saya ada kat umah dia seingga pukul 11 pagi jer sebab makcik saya nak balik umah dia kat kajang tengahari nanti.

Selepas saya balik umah makcik, saya singgah umah akak ipar saya kat Taman Sri Siantan, Muar. Sebelah2 jer taman dia orang. Kat umah akak ipar saya dijamu dgn mee bandung muar. Sedappp.. Tapi kat sini pun dah lama gak sebab saya nak ker Melaka umah pak busu saya pulak.
Saya sampai umah pak busu saya dalam pukul 2 petang..dan dijamu pulak dgn laksa johor.
Dalam pukul 4 petang saya bertolak menuju ke Banda Hilir. Dah alang2 sampai melaka... jalan2 jap ke Bandar Hilir. Mak saya pulak tak pernah sampai Bada Hilir.. Jadi saya bawa dia berjalan.
Hari punya lah panas...Jalan2 sehingga lah pukul 6 petang baru nak bertolak balik menuju ke Kg saya semula. Sampai umah atok saya dalam kul 7malam... makan lagi. Sedap tul keladi masak asam rebus lawan dgn ikan kering.. perghhh...Lepas tu mandi...siap2 apa yang patut.. beraya umah pokde dan pak andak saya. Pukul 10malam baru balik. Niat di hati nak tengok cerekarama pelita buluh... hampeh....dah mengantuk sgt..tak boleh ditahan2 lagi.
Esok pagi kul 9 pagi nak nak balik JB. Tapi otw balik JB nak singgah umah makteh pulak kat Tongkang Pecah. Dia ada wat open house.Kat sana pun kejap jer.. kul 11 pagi balik menuju ke Air Hitam mak saya nak beli tikar buluh. Kat sana murah sikit dari beli kat Jackel. Tikar yang biasa dapat RM33 yang besar dapat Rm50. Tapi rasanya tak boleh lawan harga dgn Nilai 3.Saya hanya beli kerepek jer. Sebab umah saya tak ada kuih...Pukul 2 petang saya dah sampai umah mak saya kat Skudai...
Penat nya... balik rasa nak deman...

1 lompat:

Diarihatiku1976 said...

lah orang muar ker... i pun kg kat muar.. jalan bakri batu 3.. sekapal tuu