CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 31 October 2008

Award lagiii



Saya dapat award nie dari unguviolet... suka...suka...terima kasih...cayang lah...

Wednesday 29 October 2008

Catatan semasa cuti

Jumaat 24/10/2008


Hari jumaat saya cuti. Bukan nya apa cuti nak merehat2kan badan jer.

Tapi tak dapat lah nak merehatkan2 badan sepanjang hari sebab sebelah petang ada perkara yang perlu diselesaikan.

Sabtu

Pagi mcm biasa bangun awal..kemas2 rumah sikit2 sebab esok ada orang datang nak sembur anai2 kat umah saya. Nie kali kedua rumah saya buat operasi anai2. Sayang rasanya nak beli rumah bukan sesuatu yang senang.Saya kemas2 apa yang larat pukul 2 petang saya pergi jemputan yassin dan doa selamat kat lorong depan umah saya sebab tuan rumah tu nak pergi
menunaikan haji pada awal bulan nov nanti.Selesai saja yassin dan doa selamat dalam pukul 430 petang saya terus balik sebab nak menyambung mengemas umah.




Nie baju rasmi kumpulan yassin kat tempat saya. .Saya nie mcm biskut sikit.. kejap2 pergi... kejap2 ponteng. Orang berkerja kan selalu banyak hal dan penat....hehe.. alasan..




Ahad 26/10/2008
Nie sebahagian barang2 rumah yang saya kena keluarkan semasa operasi rumah. Saya bayangkan mesti lantai saya di tebuk di tenpat lain pulak. Tapi alhamdullilah dia tebuk pada lubang lama. Jadi tak lah teruk sangat lantai umah saya nanti.
Semasa kali pertama buat anai2 3 tahun lepas ... punyalah penat ... orang tu buat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Masa tu saya tak ada tau mcm mana dia wat jadi saya tak alih kan sgt lah barang2. Kali nie saya dah ketepikan barang2 saya dimana tenpat yang akan dia tebuk nanti.
Kali dia mereka operasi rumah saya dari pukul 930 pagi sehingga pukul 1 tengahari sajor...
Lepas dia orang balik penat nya nak memunggah barang2 untuk di bawa masuk pulak. Saya nie jenis mesti nak siapkan pada hari yang sama. Rimas tgk sepah2..Walaupun kaki dah sakit saya tetap nak kemas gak. Pukul 7 malam siap seluruhnya saya berkemas dan rumah kembali seperti biasa.
Malam pulak plan nak makan luar sebab penat. Jadi singgah lah pasar untuk beli barang keperluan dapur untuk seminggu. Tiba kat Kipmart Masai ada cabutan bertuah. Ye..ye... jer tunggu dgn harapan dapat lah pulang bawa hadiah... hampeh tunggu sampai pukul sepuluh malam nama tak ada onggg la. Ingat dah habis acara nak pergi lah makan nasi lemak kat Masai...
Apa ker malang la... start2 keta tak boleh. Rupa2 nya minyak habis. Biasalah cik abang mmg selalu mcm tu... alasan yang sama dia cakap... " minyak tu cukup sampai rumah..." Lepas tu talipon jiran mintak tolong hantarkan minyak. Sejak beberapa bulan dah berapa kali kereta tersadai tepi jalan sebab perasan dia minyak tu cukup jer. Dia malas nak beratur kat pam minyak tu lah padah nya.Sampai rumah tak pasal2 dah pukul 11++. Balik baik tido jer lah.
Tapi saya sempat pasang langsir lagi. Sebab langsir yang ada dah kotor kena ubat anai2.
Ahad 27/10/2008
Hari nie birthday cik abang dan anniversarry saya... Saya bagi kad jer. Saya tgk dia wat dekkk jer..Sebab tu saya malas nak bagi apa2 kat dia. Mmg perangai dia mcm tu.
Petang saya pergi umah mak saya sebab nak hantar duit. Biasalah bila cukup bulan mesti pergi umah mak saya hantar duit.Malam baru balik.




Tuesday 28 October 2008

Award lagi...

Award nie saya dapat dari sis moralle..Tq.Rajin betul dia bagi award pada saya. Maaf lah lambat ambik award... bz sesangat.




1) Put the logo on yr blog...
2) Add a link to the person who awarded you...
3) Nominate 10 other blogs...
4) Add links to those blogs on yours...
5) Leave a message for your nominees on their blogs...
so I follow the rules ya, the award goes to :


** yuzz


**faina


**vogue


**unguviolet


**nazasfrog

** Eedany

** Nads

** Ladykiki

** Puteri1

** Teman tapi Mesra(sygmusrifah)


Thursday 23 October 2008

Cuti, Bday, anniversary dan .....

Minggu nie teramat-amat sibuk bagi saya. Biasalah nak hujung bulan nak closing account kan.

Jadi semua kerja2 harus kena settle walau apa pun yang terjadi. Nie lah masalahnya kalau kerja bersangkutan dgn account. Poning...poning.



Esok saya cuti sehingga lah deepavali nanti.

27hb October adalah bday hubby saya yang ke....(hehehe) merangkap anniversary saya yang ke 13 tahun.

Sekejap jer masa berlalu yer..apa pun alhamdullilah berjaya melepasi dugaan dan cabaran untuk 5 tahun dan 10 tahun usia perkahwinan. Ada orang kata setiap 5 tahun perkahwinan ada dugaaan nya.

Untuk hubby... Selamat hari Lahir, moga panjang umur, murah rezeki dan kalau murah rezeki boleh lah kita nyopping lagi dan mana lah tau dapat sama2 menunaikan umrah/haji.Insyaallah.



Semalam saya berkemas sebab hari selasa nak pulang buku teks sekolah. Buku2 dan kertas yang berselerak kat rak tu habis saya buang. Biasalah saya sikit2 nak buang..

Dalam pada kemas2 tu saya terjumpa satu surah yassin arwah abah saya. Siap ada tanda tangan dia dalam tulisan jawi. Siap bertarikh 24.03.1935.. Bermakna yassin nie berada dalam simpanan arwah dan saya adalah selama 73 tahun. Bermakna saya belum hidup lagi kat dunia nie... yassin nie dah berada dalam simpanan arwah abah saya.Keadaan nya masih elok dan saya akan simpan satu2 nya harta arwah abah saya serapi2 nya sebagai kenangan. Insyaallah.



Monday 20 October 2008

Rumah Terbuka

Sabtu

Malam tadi tidur lewat nak dekat pukul 1 pagi baru tidur. Menyiapkan projek yang terbengkalai.
Macam biasa hari sabtu pagi2 dah bangun. Dah seminggu tak vacum dgn mop umah. Lantai rumah pun tak melekit2. Yer lah semasa marhaban kan orang ramai kuar masuk rumah jadi saya tak berkesempatan langsung nak vacum.

Siap kerja2 mengemas umah, gosok baju saya pun masak lah sikit. Yer lah dah pukul 12 tak masak2 lagi. Saya wat mee sup tulang jer. Masak simple2 sebab petang nie saya nak pergi open house umah adik ipar.

Pukul 4 petang pergi open house. Ingat kan pergi kejap yer. Last2 sampai kemalam jadi nya.

Singgah umah akak ipar lagi. Last2 sampai umah pukul 9 mlm. Mata dah mengantuk tapi sempat lagi tengok cerekarama.




Ahad

Hari nie pun bangun pagi2.. siapkan sarapan sebab anak sedara tido umah saya. Diaorang dah kemaruk main PS2 jadi pagi2 kul 630 dah bangun.

Kul 11 pagi kuar rumah, cuci kereta dulu terus berdesup ke Johor Jaya umah akak ipar pulak ada wat makan2 untuk family jer. Kat sini tak lama sebab saya nak pergi umah mak saya dulu.

Sebelum pergi umah mak saya harus menyinggah angsana. Lain nak di cari lain pulak di beli.
Tak ada dalam senarai langsung.

Sampai umah mak saya pukul 4 petang. Lepak2 umah dia sehingga maghrib. Pukul 720 saya dah berdesup kuar umah nak menuju ker Kangkar Pulai. Opismate wat open house.Orang pertama sampai dan orang pertama jugak balik sebab esok anak saya ada exam kat sekolah. Kena balik cepat. Cepat pun sampai umah pukul 930 malam. Pukul 10malam umah dah gelap. Mengantuk dan penat sesangat.
Urat sengal malas saya dah datang malas nak snap gambar2kat umah2 yang saya pergi.

Gambar nie pun masa lepak2 umah mak saya.

Friday 17 October 2008

Saya dah dapat......


Tadaaaa..... kad yang saya tunggu dah sampai. Lama dah saya apply... dari bulan 7 baru sekarang saya dapat. Harus kena rasmikan kad nie dulu...
Alah saya beli yang murah2 punya dulu.Kalau yang ribu raban tu tak mampu lah.
p/s: esok cuti...yahoooo..Selamat berhari minggu.
Esok dan ahad nak beraya umah kawan ada open house....

Wednesday 15 October 2008

Marhaban

Tahun ini kali kedua ada Marhaban di tempat saya. Tahun lepas saya join gak. Tapi penat jgn cakap masa tu. Kena masuk sampai 20 umah dalam masa 1 malam. Mcm serik nak ikut.
Tapi Marhaban semalam seronok...Satu malam kena dalam 10 buah rumah jer. Rumah saper2 yang nak marhaban baru kami masuk. Bab yang paling seronok bila marhaban ialah budak2 berebut2 nak duit raya dan angkut segala jajan yang tuan rumah sediakan termasuk lah anak bujang saya tu...saper lagi kalau bukan nama Haris Zulkarnain..Gelojoh kan.Ikut perangai saper la tu..Selalunya anak lelaki ikut perangai ayah nya..hahaha...Mula2 dia tak nak ikut.Sebab geng dia tak ikut. Bila Kumpulan Marhaban tu masuk ke rumah saya... Haris ni terjumpa kawan sekelasnya. Apa lagi..dia pun ikut sama. Yang kelakar nya budak2 nie mereka akan berdiri sebelah tuan rumah. Penuh dgn makna sebenarnya.
Haris hanya dapat masuk 5 buah rumah jer. Hari nie dia ajak lagi pergi Marhaban sebab motif dia nak wat collection lagi... tapi ibu dia nie ada projek lagi yang perlu diselesaikan.Tu lah kalau ikut saya dari awal kan dah dapat banyak. Lagi pun malam nie Kumpulan Marhaban tu dah berjalan jauh sikit dari lorong umah saya. Penat la... tido lagi baik...keji betul statement saya nie.

p/s: Gambar tak ada... tiba2 bateri camera leh kong pulak. Hp pulak cable nya tak der..

Tuesday 14 October 2008

Beraya ke Rumah Blogger

Sabtu



Hari sabtu Moralle n family dah berjanji nak datang beraya ke rumah saya. Nie kali kedua moralle berhari raya ker umah saya. Jadi hari jumaat saya dah pergi pasar beli barang basah.

Dari malam saya dah siap2 apa yang patut... Sempat lagi wat kuih koleh kacang.


Dalam pukul 11.45 moralle pun sampai ke rumah saya. Caya lah sis... u dah pandai datang sendiri. Saya masak yang simple2... mee bandung muar. Tu jer yang tau. Saya nie bukan nya expert sgt nak masak2 yang berat2 nie.Tak lama lepas moralle datang... sorang lagi blogger datang beraya ke umah saya... saper lagi... nazasfrog... dia nie kira berjiran dgn saya. Duduk setaman dgn saya.Nazas dtg umah saya dgn anak dia jer.Suami da ada hal kat senai.Lepas makan... makan dan makan... kami semua bergerak ke umah nazas pulak.






Saya dan moralle dtg ke umah nazas sekejap jer... sebab mula2 plan saya tak dapat ikut moralle pergi umah kasawari. Hubby moralle pujuk hubby saya suruh ikut sekali. Jadi saya ikut mereka ke umah kasawari. Lagipun moralle tak tau jalan nak ke IOI mall. Saya adalah 2 3 kali pergi IOI mall..Jadi saya tau tempat tu kat mana.Dalam perjalanan nak ke Kulai... sepanjang perjalanan dari pasir gudang ke Kulai... jem sana sini. Masa tu hari hujan. Saya ingat kan highway pasir gudang jem teruk... Rupa2nya kat kawasan menuju ke Kulai pun jem. Dah rasa kebas2 bontot duduk dalam kereta. Tapi akhir nya sampai juga ke rumah kasawari dalam pukul 430 petang kot.


Kasawari nie over peramah. Jadi hubby saya tak malu sgt. Tapi muka kasawari nie mcm familiar sesangat. Ingat budak sekolah SSI... rupanya budak Voka...Masa zaman kita sekolah dulu... budak SSI tak join budak Voka...


Sampai umah kasawari kami dijamu dgn nasi ayam Linda...Sedap nasi ayam dia. Dapat resepi kat mana? bagi2 lah resepi kat sini...hehehe..Tak lama saya kat umah kasawari sebab saya ada hal yang penting. Saya mesti sampai umah sebelum pukul 7 malam.

Saya sampai umah dalam pukul 715 malam. Sebab saya singgah ker pasaraya dulu untuk beli barang. Sampai jer umah saya terus melakukan projek saya yang tergendala tu.Alhamdullilah sempat habiskan jugak projek saya yang tergendala. Tapi tak sempat nak kemas2.. jiran saya datang umah untuk beraya pulak. Sempat lah juga hidangkan jiran saya dgn kole kacang. Nak bagi mee bandung tak sempat nak hidangkan sebab saya dan jiran saya tu nak beraya umah sebelah pulak. Punya lah bizi saya.Dalam pukul 1045malam baru lah selesai beraya.
Ahad
Dari pagi sampai malam.. saya terus bizi dgn projek2 saya. Tengahari ambik sepupu
kat Bus stand Larkin, beli barang dapur, Buat kuih. Malam pulak kawan lama hubby datang beraya idgn sebelah umah datang. Pastu g open house umah jiran depan umah. Balik dari open house...jiran yang lain pulak datang beraya... last2 pukul 11malam baru orang balik. Cepat2 tutup lampu...Saya dah penat. Kat dapur berterabur dgn kuih2 saya yang tak siap.Last2 kul 12 malam saya tidur.Esok jer lah sambung baik wat kuih..Letihhhh...

Friday 10 October 2008

Raya ke 3 - raya ke 5

Layan gambar dulu...Cerita di bawah..




Kat melaka bersama adik dan mak saya.



Dekat umah akak ipar kat muar.Akak no 2 hubby saya.





Saya bertolak balik kg pukul 3 petang dari umah. Ambik mak saya pukul 5 petang baru gerak dari skudai terus menuju ke muar. Jalan nak ke muar tak jem tapi dari arah Batu Pahat nak ke tol Yong Peng utara rasanya jem sejauh 5 km.Sampai kg kul 7 malam. Sampai2 dah penat berehat sajer lah kat umah atok saya. Sebab esok pagi2 dah plan nak beraya.
Esok nya kul 9 pagi dah kuar beraya.Kat kg saya tak pelik pagi2 buta dah datang beraya umah orang.Rumah pertama yang saya beraya ialah umah makcik saya kat Tmn Bakri, Muar.Ini adalah umah persinggahan dia saya. Saya ada kat umah dia seingga pukul 11 pagi jer sebab makcik saya nak balik umah dia kat kajang tengahari nanti.

Selepas saya balik umah makcik, saya singgah umah akak ipar saya kat Taman Sri Siantan, Muar. Sebelah2 jer taman dia orang. Kat umah akak ipar saya dijamu dgn mee bandung muar. Sedappp.. Tapi kat sini pun dah lama gak sebab saya nak ker Melaka umah pak busu saya pulak.
Saya sampai umah pak busu saya dalam pukul 2 petang..dan dijamu pulak dgn laksa johor.
Dalam pukul 4 petang saya bertolak menuju ke Banda Hilir. Dah alang2 sampai melaka... jalan2 jap ke Bandar Hilir. Mak saya pulak tak pernah sampai Bada Hilir.. Jadi saya bawa dia berjalan.
Hari punya lah panas...Jalan2 sehingga lah pukul 6 petang baru nak bertolak balik menuju ke Kg saya semula. Sampai umah atok saya dalam kul 7malam... makan lagi. Sedap tul keladi masak asam rebus lawan dgn ikan kering.. perghhh...Lepas tu mandi...siap2 apa yang patut.. beraya umah pokde dan pak andak saya. Pukul 10malam baru balik. Niat di hati nak tengok cerekarama pelita buluh... hampeh....dah mengantuk sgt..tak boleh ditahan2 lagi.
Esok pagi kul 9 pagi nak nak balik JB. Tapi otw balik JB nak singgah umah makteh pulak kat Tongkang Pecah. Dia ada wat open house.Kat sana pun kejap jer.. kul 11 pagi balik menuju ke Air Hitam mak saya nak beli tikar buluh. Kat sana murah sikit dari beli kat Jackel. Tikar yang biasa dapat RM33 yang besar dapat Rm50. Tapi rasanya tak boleh lawan harga dgn Nilai 3.Saya hanya beli kerepek jer. Sebab umah saya tak ada kuih...Pukul 2 petang saya dah sampai umah mak saya kat Skudai...
Penat nya... balik rasa nak deman...

Raya ke2

Raya dah lebih seminggu berlalu baru hari ni sempat nak update. Kerja yang banyak membuatkan saya tak menang tangan. Hari rabu pegi opis JB ada discussion dgn auditor.
Dah satu hari kat sana... kerja menimbun dah menunggu...
Raya kedua saya dah ada di umah saya sendiri. Dah petang baru ada umah. Sampai2 jer kemas sikit2.. kuar semula beli bahan2 untuk tetamu datang mlm nanti.Adik ipar sekeluarga dtg umah. Kalau raya ke2 nie nak cari udang ke, ikan ker... mmg tak ada. Kalau ada sumer nya bukan nya segar.Last2 goreng mee siam, ayam goreng & nugget jer.
Adik ipar saya sampai umah saya dalam pukul 9 malam. Kul 11 malam dia orang balik.
Selepas dia orang balik.. saya berkemas2 untuk pulang ke umah atok saya di Sg Balang, Muar.

Tuesday 7 October 2008

Sesi bergambar pulak...

Gambar adik ipar yang bongsu dan dgn sebahagian daripada anak sedara belah hubby.













Raya Pertama..



Saya seperti 13 tahun yang lalu malam raya dan raya pertama wajib di umah mak saya sendiri.Rumah mak saya masak ketupat, rendang, sambal kacang & lodeh.Dalam pukul 10pagi saya keluar nak pegi kubur. Saya kena kuar cepat sbb pukul 4ptg nak beraya umah makcik saya. Umah mak saya dan umah mertua saya sepelaung jer... dalam 15min perjalanan dah sampai. Sebelum pergi ke umah family hubby saya, singgah lah dulu kubur FIL & MIL kat kebun teh.

Punya lah ramai orang kat kubur.. dah mcm pesta. Dalam sejam kat kubur, saya terus pergi umah family hubby. Tak jauh dari situ dalam 5-6 min dah sampai.

Nie kubur FIL.. saya tak turun sbb MC. Kubur MIL kat bahagian bawah. Kena naik keta gak. Saya tak ambik gambar sbb hubby parking kat tepi2 umah orang jer. Nak masuk dalam keta dah penuh.Sampai jer kat umah family hubby.. terus makan ketupat, rendang & lodeh. Tak lama lepas tu... makcik2 & pakcik2 hubby dtg beraya. Nie lah suasana nya.









Nie gambar masa raya pertama. Mmg tak der mood nak ambik gambar. Nak ambik gambar makanan pun malas. Ngantuk jer yang lebih. Maklumlah 2 bulan saya keletihan... bila time raya tau nak membuta jer.Nie gambar saja2 jer... Ingat balik umah nak ambik gambar semula... emmm... tak ada makna nya...lupa + malas .



Duit raya. Lain sampul lain duit nya.