CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 7 October 2008

Petang sebelum raya..

Hari selasa saya berkerja lagi tapi half day. Balik umah kemas2 apa yang patut. Kemas sikit2 jer. Vacuum, mop lantai, lipat baju, gosok baju kerja, baju sekolah anak siap2 kan semua termasuk kemas beg sekolah haris sekali.... nanti balik raya tak lah kecoh. Biasalah nanti kalau dah penat tau nak marah jer.


Malam semalam pegi angsana cari barang yang yang saya idam2kan... hahaha.. apa lagi cari pinggan ala2 english. Masa pergi hari sabtu pinggan sikit punya lah banyak... bila saya pergi hari isnin... pinggan yang saya berkenan tu dah habis......saya tak puas hati saya cari kat celah2 rak.. tak ada. Frust jgn cakap lah.Tapi nak sedapkan hati saya belilah gak pinggan makan dapat 5 pcs, piring dapat 4 pcs, mangkuk lauk dapat 2 pcs...nanti minggu depan harus terjah lagi kat romantika...tambah2 lagi apa yang patut. Ingat nak beli bunga... bunga pun habis kat romantika tu....nie lah akibat kalau shopping last minit..


Dalam sejam kat romantika saya singgah jakel beli cadar bunga2 english.Murah jer...Tapi tu lah yang berkenan mesti dah habis... Tapi beli lah gak.
Dah dapat apa yang saya nak baru saya teringat saya terlupa nak beli minyak wangi...Kat jb nie kalau nak cari minyak wangi mcm tak ada pilihan. Tak kan kerana nak beli sebotol minyak wangi kena tawaf 5 6 shopping complex.


Jadi hubby suggest beli kat satu kedai kat angsana dia ada jual mcm2 minyak wangi..


Beli lah satu... saya beli jenama berberry (betul ker ejaan nya??)...selama ni saya dah pakai eternity, ck, dior, tommy hilfiger dan entah apa lagi dah tak ingat... kali nie nak cuba berberry...


ok lah sesuai dgn kehendak saya.Tapi lupa nak ambik nak gambar. Mcm tak ada mood nak kuarkan camera.



Nie cadar yang saya beli. Belum apa2 dah dirasmikan oleh bujang sorang nie.


Langsir untuk pintu sliding depan.
Langsir dapur bunga2 ros english. Lupa nak snap gambar...

0 lompat: