CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Wednesday, 22 April 2009

AWAS.. SERUNDING BABI..

Waspada serunding babi di pasaran

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babidalam lima jenama."Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:
Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
Abon/dendeng sapi asli cap ACC Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benaratau tidak tercatat pengeluarnya.Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Tuesday, 21 April 2009

Salam Semua

Dah lama tak update blog. Dah bersawang + semak samun. Bukan tak ada cerita ... ada.. masaalah nya pc kat umah tu problem...jadi kena di servic lah. Maklumkan pc kat umah tu dah tua... jadi segala bagai urat2 nak kena betul kan semula.Kat opis tak boleh nak update blog.
Insyaallah esok saya saya update blog saya.
Nanti saya tunjuk barang2 english yang saya beli yer..

Tuesday, 17 February 2009

Layang-layang..

Nie aktiviti minggu lepas.Tu pun plan dah last minit...dah pukul 6 petang baru sampai kat bukit layang2. Dapatlah main layang2 1 jam jer.
Minggu nie kat Pasir Gudang ada Festival Layang-layang Peringkat Antarabangsa dari 17-22 Feb2009. Belum lagi pesta layang2... bukit layang2 nie dah mcm pesta layang2. Nak main layang2 pun susah... Penuh dgn layang2.Tapi mcm biasalah mana ada lagi layang2 harga Rm1.00. Paling murah pun dah RM6.Lupa nak tunjuk gambar layang2 bujang nie. Mula2 beli gambar batman...tapi rosak...jadi tukar dapat lah gambar sonic... belasah jer lah janji layang2 naik tinggi.






Sunday, 15 February 2009

Blog ku bermasalah..

Salam semua. Dah lama saya tak update blog. Dah bersawang2...rasanya buka sawang lagi... lalang pun dah tumbuh panjang...Sebenarnya bila saya nak update kat umah..blog saya kosong. Padahal saya dah back up blog saya.Bila saya bukak blog saya tak ada apa pun baik cerita atau pun gambar. Kat opis boleh bukak blog saya tapi saya tak boleh update dari opis.
Sebab tu lama saya menyepi...
Agaknya pc saya nak kena tukar lain kot. Asyik wat hal jer...

Wednesday, 4 February 2009

NIBIRU..

هتاكربوﷲاةمحرومكيلعمﻼسلا
WAALLAHUALAM BISSAWAB, TAK BOLEH NAK JAWAB.SAYA HANYA TOLONG SEBARKAN JER..
YG BENAR JADI PANDUAN,YG SALAH JADI TELADAN. SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU ADALAH BENAR.IANYA PASTI DATANG ...

Apakah ada kaitan dengan fenomena bulan senyum dan 2 bintang malam Oleh itu, BACALAH DENGAN NAMA ALLAH. Wallahu'alam.

Sekadar renungan dan iktibar... Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamat ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan.... mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2) Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR lain-lain artikel tentang kiamat..... Kajian... ALLAH je mengetahui.. ..


Assalamualaikum .....
* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066... *

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...

* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri.... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. K iamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..

Wahai saudara2, shabat2 dan teman2 bacalah email ini dengan mata hatimu... Baca dan FAHAMI & DALAMI lah AL-QURAN panduan hidup bahagia dunia hingga akhirat. TOLONGLAH DALAMI MAKSUD SURAH ASY SYAMS, insyaAllah pintu hatimuakan terbuka, kerana Su rah ini merupakan sumpah Allah. Hamba hanya menyampaikan apa yang hamba tahu, sesungguhnya Yang Maha Mengetehui itu adalah Allah kerana itu adalah salah satu daripada sifat-sifatNya yang 99 itu. Kita sebagai makhluknya yang merupakan khalifah di muka bumi ini sesungguhnya mempunyai sedikit percikan daripada 99 Sifat-Sifat Allah itu. Jika kita makhluknya melanggari 99 Sifat-Sifat Allah itu sesungguhnya kita telahpun melanggari perintah Allah itu sendiri. Sesungguhnya kata hati yang berdetik hanya sekali itu adalah amat benar datang daripada Allah. Apabila hati kita itu banyak kata-kata mengiakan atau menidakkan apa yang terdetik sekali itu, maka itu adalah nafsu kita sendiri dengan diikuti oleh bisikan syaitan yang direjam.

Tuesday, 3 February 2009

Misi mencari buku

Buku yang dicari2 selama nie... jumpa kat kedai buku kat Angsana..
Nie buku untuk bujang saya...tapi ada terselit satu buku cerita Ben10.

P/s: Saya ada terjah kat romantika... tapi tak beli byk.Sebab tak de budget lah bulan nie.


Monday, 2 February 2009

Kasut Baru


Dah lama sangat tak beli kasut kerja. Puas mencari tapi tak ada yang berkenan. Hari selasa lepas pergi Angsana terjumpa pulak kasut yang berkenan di hati. Tak cerita byk terus sambar.

Friday, 30 January 2009

Hahaha... sila baca.


Saya jumpa note nie kat Station Minyak Petronas Bandar Baru Seri Alam.
Selepas penat mengukur jalan kat Jusco dan makan sekenyang2 tidak kat Secret Recipe.. OTW balik nak isi minyak... jumpa note nie..Mesti dah ramai yang kerja mcm nie.

Thursday, 29 January 2009

Untuk tatapan semua...


Jaga aurat anda semua ketika solat...

Shopping kat Ikea


Sebenarnya cerita dah terlebih basi. Cikabg pergi Ikea dgn adik-beradik dia. Kalau tak silap lepas raya Krismas kot. Oleh kerana yang pergi tu lelaki... jadi tak byk barang sgt yang dia beli.
Banyak yang saya kirim dah dapat nak cari... Frust nya...
Saya di belinya tisu paper, tempat jirus pokok bunga, sagat keju, senduk 1 set, almari cermin dan yang lain2 barang2 cikabg sajor...

Wednesday, 28 January 2009

Giant 2009 Saving Guide




Uols pernah dapat tak buku nie semasa berbelanja kat Giant? Mcm2 barangan ada diskaun.
Tapi belum tebus lagi..Tapi boleh tebus sehingga 28 Feb 2009 sahaja..

Monday, 19 January 2009

Patah Tangan Pulak...

Nie kejadian hari Rabu. Balik sekolah pukul 7 petang Bujang saya diam jer. Dia kata tgn dia sakit tak boleh nak tegak kan. Dia jatuh masa lumba lari kat sekolah. Katanya kawan dia tolak dan heret dia. Lepas saya tgk tangan dia sakit dan bengkok...saya pun bersiap2 nak hantar g hospital. Siap2 apa yang patut senang kalau kena tahan tak perlu nak berulang alik.Sampai Hospital kul 830 malam. X ray tgk tulang dia retak dan berdarah sikit.Doctor siap cakap tulang dia kecik tak kena dgn usia dia. Yer lah mcm ner tulang tak kecik... nak suruh makan nasi mcm suruh makan ubat.
Bila doctor cakap kena byk makan buah2an dan sayur2an baru sekrang dia nak makan.Tapi dalam perjalanan nak ker hospital muka dah pucat lesi sebab takut. Tau pulak takut kena duduk hospital.

Dia muka lepas kena balut. Bila dgr tak kena tahan senyum sampai ke telinga.

Sekarang nie kalau nak mandi, makan, pakai baju saya kena uruskan. Sebab dia kena tgn kanan. Makin byk lah kerja saya. Apa2 tunggu keputusan doctor rabu nie. Sebab rabu ni ada appoinment lagi. Dia selalu cakap tgn dia sakit dan gatal. Harap2 x ray kali ke2 nie dah ok.



Monday, 12 January 2009

Masa itu Emas...

Dah seminggu tak update blog.. Sebenarnya saya teramat sibuk semasa hari persekolah yang lepas. Hari pertama & kedua persekolahan jadi kelam kabut sikit.Van sekolah buat hal pulak.
Nasib baik saya cuti. Setiap kali nak g sekolah agama asyik nak mengingat kan pakcik van tu jer. Kalau tak talipon tak ambik.Sampai bila kan nak talipon jer.Hari ke 3 dah tak sekolah agama... sebab pakcik van tak datang ambik. Masa tu saya sajer jer tak talipon... saya nak tgk pakcik van tu ingat atau tak. Padahal dah 3 tahun anak bujang saya naik van dgn pakcik tu..
Tapi sekarang dah ok hanya pakcik van tu tak boleh ambik masa balik sekolah agama jer. Yer lah kan balik sek agama kul 1145..jadi hubby terpaksalah ambik balik dari sekolah agama.
Bagus gak ada masa kat umah untuk setengah jam.Tak lah kelam kabut sgt dan sempat makan dan mandi lagi.
Sekarang nie mayb saya makin kurang nak update blog. Kat opis saya bz...setakat ronda2 kat blog kwn2 sempat lah. Tapi nak update tak sempat lah. Malam pulak sampai rumah nak masak, pastu nak gosok baju, nak kena tgk kerja2 sekolah agama & sek kebangsaan.
Masa terlalu padat nampaknya sekrang nie.

Friday, 2 January 2009

Secret Recipe's

Oleh kerana saya sampai terlalu awal, sedang kan wayang start kul 530 petang... jadi lepak2 dulu kat secret recipe. Saya mcm biasa makan mee soup tomyam n oreo cheesecake. Sedapnya kek dia masih terasa2 lagi kat tekak nie.Hubby, bujang kecik dan adik saya minum sajer. Saya kalau jalan2 mesti nak makan. Tak syok lah kalau berjalan perut lapar.Budak kecik nie kalau jumpa adik saya memang dia tak pandang ibu n ayah dia.Nak berkepit jer memanjang.Kalau ucu dia dah balik KL... baru dia ingat ibu n ayah dia.

NIe dia Orea Cheesecake dia. Sedopppp....

Brainscan - Aku Dan Topi Ajaib

Citer nie pun dah basi maaa....tapi saya tetap nak letak dalam blog nie.
Jumaat lepas pergi tengok wayang lagi. Sejak cuti sekolah nie rasanya tiap2 minggu tgk wayang.
Nanti dah naik sekolah jgn harap lah nak tgk wayang lagi. Cuti sekolah panjang jer la merasa tgk wayang puas2.

Cerita berkisar tentang kanak2.. pelakon2 pun dari cerita Tentang Bulan.Memang kelakar giler cerita nie. Ketawa jer sepanjang masa. Memang tak membosan kan..Walaupun kdg2 ada lawak bodoh n tak logik tapi tetap mengelikan hati yang dtg menonton pada masa tu.Pada saya tak rugi tgk cerita nie. Kalau dvd dah kuar... harus saya kena beli.

Wednesday, 31 December 2008

Selamat Tinggal 2008... Selamat Datang 2009


Selamat tinggal 2008 yang membawa seribu makna dalam suka & duka.

Dan

Selamat Datang 2009...

Dengan harapan apa yang saya ingin kan akan tercapai... insyaallah..

Friday, 26 December 2008

CICAKMAN 2

Sebenarnya cerita nie dah basi pun. Oleh sebab minggu lepas saya teramatlah bz memanjang...jadi saya tak ada idea nak update blog.


Memang best giler cerita cicakman 2 nie... rugi kalau saper tak pergi tengok.Leh membuat kan saya terpengun seketika..Syabas buat Yusri & KRU...


Friday, 19 December 2008

Semakin Bz..

Lama tak update blog. Bukan apa... bz sesangat. Byk citer yang pending sebenarnya.
Hari ahad nie saya akan bertolak ke KL. Saya kena attend course selama 2 hari kat subang jaya.
Nie pun dapat tau semalam. Bosan tul. Menci tullll...Nie course penambahan kerja... bukan penambahan gaji pun.
Dahi nie mmg dah kena cop untuk pergi apa2 aktiviti yang berkaitan dgn company.
Lepas balik dari course saya sambung cuti. Saya berkerja semula pada 30/12/08.
Masa tu mesti bz lagi.... sebab nak closing account semua kan...

Kepada kawan2... selamat berhujung minggu, bercuti Krismas dah juga bercuti sempena Maal Hijrah yang datang ni. Dan Juga Selamat Menyambut Tahun Baru.

Tuesday, 16 December 2008

Jusco Lagi

Ahad lepas hujan dari pagi sampai petang tak berhenti2. Tapi kaki tu dah gatal nak berjalan jer. Ajak hubby g Tebrau city.. dia pun ok jer.
Sampai Tebrau city...nahhh kauuuuuuu... jem giler nak masuk parking. Masing2 nak masuk dalam parking yang berbumbung. Masuk dalam lakk..lagi ramai orang. Jalan asyik berlanggar bahu jer.Niat di hati nak redeem jusco card... ramai tul orang..lagi pun tak boleh nak redeem ... point lum sampai 2k lagi.



Budak nie dah bosan sebab ramai orang. Sementara nak tgu waktu..beli dulu makan muffin kat kenny rogers.Lepak2 jer dulu tgk gelagat orang lalu lalang..


Suka betul tgk pokok krismas nie. Bila di perhatikan orang melayu yang lebih excited nak bergambar kat pokok krismas ni. hehehe...



Saturday, 13 December 2008

Tragedi di hening subuh Khamis...Hubby kemalangan

Hubby saya xcident gara2 dikejar oleh Seekor ANJING....:p.
Sebenar nya kalau nak cerita.. ibarat ketawakan laki sendiri... Tapi saya mmg pecah2 perut ketawa kan hubby saya. Siap kutuk2 lagi.
Cerita nya begini...tiap2 hari hubby saya akan keluar rumah dalam pukul 5.30 pagi..sebab dia ada kerja. Dah bertahun setiap hari mmg keluar waktu mcm tu. Entah apa malang pagi tu... dia pergi kerja seperti biasa naik motor. Hubby saya nie.. dia suka lalu depan rumah india tu. Sedang kan depan umah saya ada gak jalan keluar yang akan tembus laluan yg sama. Dia mmg cukup berkenan lalu depan umah india. Dah tau kat situ bomoh india tu suka buang benda2 sembahyang dia. Pastu byk anjing pulak kat situ. Orang degil mmg itu akibat nya.
Baru nak kuar simpang dia kena kejar dgn anjing india tu. Siap tertonggeng2 kat longgok sampah lagi...:p
Nak belok kiri x leh sebab ada bas, nak belok kanan ada anjing... nak tegak ada sampah n longkang... jadi redah jer. Entah apa meroyan agaknya anjing tu...Lepas dia dah tertonggeng kat sampah tu... anjing tu terus blah mcm tu jer...hahahaha........saya pulak selalunya setiap kali dia nak g kerja saya mesti bangun... tapi hari tu entah mcm ner saya leh tido mati. Sedar2 jer dah pukul 630 pagi...
Kadang2 saya terfikir... kalau cina bela anjing dia pandai jaga anjing dia... tapi kalau india.. mana dia reti nak jaga anjing dia. Pastu selalu tak mengaku.

Nie kesan luka2 tu. Ada lagi tapi tak leh nak tunjuk. Kat pinggul n bahu bengkak. Esok nya bangun pagi baru rasa sakit2 satu badan. Suruh g klinik tak nak..urut jer lah.