CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Friday, 30 January 2009

Makan Lagi..

Sabtu lepas makan lagi kat Secret Recipe... Adik yang belanja sebab dia sekrang nie tengah kaya sikit...hehehe..Nie hubby yang order.Sedap sgt..Lamp stick.Lain kali boleh order lagi.
Nie bujang sorang tu order. Dia makan kek sajor.

Saya seperti biasa.Tak lari dgn Tom Yang Kung.


Nie adik saya punya...Tak tau nama lah..ada nasi dan daging curah. Sedap gak.
Air mcm biasa lupa nak ambik sebab dah lapar.



Friday, 2 January 2009

Secret Recipe's

Oleh kerana saya sampai terlalu awal, sedang kan wayang start kul 530 petang... jadi lepak2 dulu kat secret recipe. Saya mcm biasa makan mee soup tomyam n oreo cheesecake. Sedapnya kek dia masih terasa2 lagi kat tekak nie.Hubby, bujang kecik dan adik saya minum sajer. Saya kalau jalan2 mesti nak makan. Tak syok lah kalau berjalan perut lapar.Budak kecik nie kalau jumpa adik saya memang dia tak pandang ibu n ayah dia.Nak berkepit jer memanjang.Kalau ucu dia dah balik KL... baru dia ingat ibu n ayah dia.

NIe dia Orea Cheesecake dia. Sedopppp....

Brainscan - Aku Dan Topi Ajaib

Citer nie pun dah basi maaa....tapi saya tetap nak letak dalam blog nie.
Jumaat lepas pergi tengok wayang lagi. Sejak cuti sekolah nie rasanya tiap2 minggu tgk wayang.
Nanti dah naik sekolah jgn harap lah nak tgk wayang lagi. Cuti sekolah panjang jer la merasa tgk wayang puas2.

Cerita berkisar tentang kanak2.. pelakon2 pun dari cerita Tentang Bulan.Memang kelakar giler cerita nie. Ketawa jer sepanjang masa. Memang tak membosan kan..Walaupun kdg2 ada lawak bodoh n tak logik tapi tetap mengelikan hati yang dtg menonton pada masa tu.Pada saya tak rugi tgk cerita nie. Kalau dvd dah kuar... harus saya kena beli.

Tuesday, 16 December 2008

Jusco Lagi

Ahad lepas hujan dari pagi sampai petang tak berhenti2. Tapi kaki tu dah gatal nak berjalan jer. Ajak hubby g Tebrau city.. dia pun ok jer.
Sampai Tebrau city...nahhh kauuuuuuu... jem giler nak masuk parking. Masing2 nak masuk dalam parking yang berbumbung. Masuk dalam lakk..lagi ramai orang. Jalan asyik berlanggar bahu jer.Niat di hati nak redeem jusco card... ramai tul orang..lagi pun tak boleh nak redeem ... point lum sampai 2k lagi.



Budak nie dah bosan sebab ramai orang. Sementara nak tgu waktu..beli dulu makan muffin kat kenny rogers.Lepak2 jer dulu tgk gelagat orang lalu lalang..


Suka betul tgk pokok krismas nie. Bila di perhatikan orang melayu yang lebih excited nak bergambar kat pokok krismas ni. hehehe...



Friday, 12 December 2008

Antoo Fighter





Hari raya Aidil Adha yg lepas nie...saya singgah beraya kat umah akak ipar jer kat Johor Jaya. Sekejap jer kat umah akak ipar.Dalam pukul 5 petang semua adik beradik suami pun balik ker rumah masing2 tapi saya singgah Jusco Tebrau City. Budak nie nak tengok wayang pulak. Layann jer lah..ahhh mengantuk lah tgk citer Antoo Fighter nie. Lawak bodoh dan lembab pulak jalan citer dia.Selama 2 jam dalam panggung wayang saya asyik menguap jer. Nyesal n membazir jer. Baik tgk citer Lost dan Faun.
Sempat gak singgah Jusco...bila nak krismas nie...mcm2 sales ada... semua baju2 baru dan cantik2 semua. Sales giler2...Jadi tengok jer lah... sebab duit utk shopping dah habis dikerjakan sebelum ni. Padan muka aku... saper suruh beli yang bukan2..





Thursday, 11 December 2008

LC Catering

Hari sabtu lepas kan birthday saya. Jadi kami makan2 lah LC Catering lagi. Minggu lepas pergi mcm tak puas jer makan nasi serai ayam penyek dia... Kali nie repeat lagi. Bila hidangan saya dah sampai saya ternampak pulak steak yang diletak atas kuali panas... emmm... terus hilang selera saya dgn hidangan saya nie. Saya kalau nak makan steak mesti nak yang atas kuali panas tu.Macam tak kick kalau steak masuk dlm pinggan biasa. Kuali dia yang hitam tu lah yang membuatkan steak rasa sedap...ahhh... nanti leh terjah lagi makan steak pulak..




Nie set hidangan saya.

Chicken chop - anak saya punya
Arabian iced blended choclate - anak saya punya. Saya n hubby minum fresh orange n durain belanda.Lupa nak snap gambar.

Tuesday, 2 December 2008

LC Catering

LC Catering..dah lama bukak tapi saya baru first time pergi.Popular dgn nasi serai ayam penyek.
Antara hiasan yang terdapat kat LC Catering nie..
Hubby makan mee hailam... sedappp..

Nasi serai dan... ini lah ayam penyek, sambal belacan & ulam2an... Nasi serai dan ayam penyet nie kena order 1 set. Harga nya kalau tak silap RM 7.90/set.Mmg sedap... leh terangkat beb..

Milo ais, durian belanda & fresh oren.Mmg sedap gilosss... Saya nie jenis susah nak habiskan makanan... selalu nya hubby tukang habiskan... kali nie... licin..
Nanti nak datang lagi...mcm tak puas jer makan hari tu.




Friday, 28 November 2008

Makan lagi..

Semalam makan kat luar lagi. Malas nak masak lagi.
Muka budak nie tension sebab kena paksa makan. Asyik nak games jer..Semalam saya ugut dia kalau tak makan n tak habiskan nasi... saya simpan games dia...hehehe...takut games kena rampas makan lah gak...

sotong goreng tepung

Kailan ikan masin - tapi masin bebenor tul...


Tomyam campur - tapi dah tak kick lagi.Tak pedas pun.Kalau dah pedas kira tak menepati citarasa lah.

Tuesday, 25 November 2008

Cuti-cuti Part III



Aksi merajuk sebab tak dapat mandi lagi sampai malam.Mmg sekejap jer pergi 2 hari 1 malam.. tak puas lah nak mandi2.

Lagi aksi muka ketat..






Dalam perjalanan balik lalu semula Masjid Tanah... Nampak kereta byk parking kat tempat makan nie... Mesti sedap kalau orang ramai... Suasana pun redup jer. Makan bawa pokok kelapa sawit. Nama pun SAWIT CORNER..Saya berhentilah untuk mencuba apa yg special nya... Pada saya dari 5bintang saya bagi 3 bintang jer. Agaknya asam pedas melaka nie mmg ada rasa kari ker?Mula2 nak makan gulai kawah ayam kampung... tapi memikirkan ayam kampung saya terpaksalah lupakan hajat tu saja... Geli lorrrr dgn ayam kampung.

Saya order nasi putih untuk 3 orang makan, asam pedas ikan tenggiri 2 ketul, Otak2 10keping, air sirap, milo ais n cendol semua sekali RM16.00
Habis makan hujan renyai pun turun.Terus menuju ke Ayer Keroh.
Muka bosan sebab tak dapat beli mainan. Bujang nie mmg selalu buat perangai kalau apa yang dia nak tak dapat. Masa nie kat Melaka Mall.

Pastu ajak g zoo..saper nak g zoo... hari nak ujan... lagipun dah pukul 3 petang... pukul brp nak sampai jb... esok nak kerja lagi...
Naik jejantas nak ker Jusco Ayer Keroh. Orang ramai.. jadi tak mood nak beli apa2. Jadi beli roti n air vitagen jer... terus cabut balik jb.

Sampai jb pukul 530 petang... hari ujan.Tapi alhamdullillah sepanjang saya kat PD cuaca elok... tak hujan pun.

OK tiara beach resort... insyaallah tahun hadapan ketemu lagi...



Monday, 24 November 2008

Cuti-cuti - Part II

Sampai2 jer bilik... bujang kecik nie tak der kerja lain... terus pasang PS2 dia...Saya cakap makan lah dulu sebab dah pukul 2.. mesti lapar...Saya n hubby dah melantak.. makan nasi dgn lauk sardin... sebab apa saya bw sardin... bila lapar leh makan dgn roti. Mmg byk stok makan saya bawa. Sebab saya n hubby mmg kuat makan. Tak boleh nak duduk diam tanpa makanan.





Pukul 4 petang baru lah turun mandi. Tu pun saya dah bising2.. kalau nak main games baik duduk rumah jer.


Nie view dari bilik saya...







Mandi2 sampai pukul 630 petang.. Tu pun muncung dah panjang sebab tak puas mandi. Siapa suruh main games... kan dah rugi masa..

Tak lama sampai bilik cerita shin chan n doremon ada...Selamat saya kalau tak lagi haru jadinya. Itu pun asyik tgk tingkap jer. Sebab dia nampak ada orang mandi lagi malam..


Malam dalam pukul 8 malam turun bawa pergi kat pentas utama dia.. ada cerita kartun n mcm2 acara kat pentas utama n ramai pulak lepak2 kat kawasan tu...Tapi saya tak tunggu lama pun. Habis jer cerita kartun tu..ambik2 gambar.. pastu naik bilik sebab dah penat. Bujang nie sambung main games sampai kul 11 malam.Mak ayah dia tido dah sampai bulan agaknya.