Hari jumaat sepupu saya dan anak sedara belah suami nak datang umah.
Sepupu saya belajar kat Politeknik Pasir Gudang.Dia malas nak balik kg jadi dia lepak2 kat rumah saya jer.
Anak sedara saya pulak datang umah untuk main PS2...Diaorang sampai pukul 12 malam.
Saya dah mengantuk jadi saya terus jer tido. Hubby yang layan diaorang. Rupa2 nya diaorang
mengadap games sampai pukul 4 pagi. Mmg tak mengantuk budak2 nie kalau main games.
Hehehe...Biasalah..Sarapan pun dah pukul 11 pagi. Sebab budak2 tu bangun lewat. Saya dan sepupu saya dan makan dalam pukul 10.
Makan tengahari saya masak kari daging, sayur, goreng tauhu lembik, ikan kering dan sambal belacan jer. Lupa pukal nak snap gambar.
Budak2 nie sebenarnya berat hati nak balik. Sebab ayah mereka dah banyak kali talipon tanya pukul berapa nak hantar balik. Jadi bagi chance la dia orang main last game. Pukul 4 petang baru gerak dari umah. Hantar kat umah akak ipar kat Johor Jaya. Saya sekejap jer dekat sana. Lepas tu saya pergi angsana... nak terjah kedai Romantika.Lama tak terjah, Last saya terjah sebelum raya lepas.
Sampai sana ada promosi filem Selamat Pagi Cinta. Ada Que haidar, Pierre Andre dan saper yer pengarah nya. Tak ingat dan tak kenal la. Dapat la poster... entah mana bujang kecik tu campak.
Sementara saya duduk membelek2 kat romantika tu... sepupu saya layan promosi Selamat Pagi Cinta. Hubby dan bujang kecik tu layan kedai games.
Nak tau saya borong apa... tunggu saya update nanti.
Selesai saja seisi menghabiskan duit... pergi danga bay pulak.Saja jer sebab sepupu saya nie selama nie duduk kat kampung jer. Dia tak pernah pergi tempat2 mcm nie. Sejak blaja kat Politikenik nie baru dia dapat berjalan2 kat JB nie.Jadi sementara dia ada kat umah saya, layan jer lah dia.Bukan selalu pun dia datang umah saya kan.
Dah pusing2 kat danga bay... singgah dataran bandaraya makan setamboat, bakso dan rojak petis.Sedap tul rojak dia. Sebenarnya dah lama saya tak berjalan2 mcm nie.
Dah kenyang balik umah. Sampai umah dah pukul 9 malam. Layan Sehati Berdansa kejap.
Ahad
Satu rumah bangan lambat. Boleh tak sedar pulak.
Tapi sarapan kena buat jugak. Saya wat roti jala dan kuah kari daging semalam ada lagi.
Sedap gak sekali2 pekena roti jala.
Makan tengahari pulak lupa nak snap... saya masak.. ayam masak kicap, kacang buncis goreng dan sambal belacan jer.
Makan tengahari pulak lupa nak snap... saya masak.. ayam masak kicap, kacang buncis goreng dan sambal belacan jer.
Yang nie pulak minun petang. Hujan pulak tu masa nie. Dengan teh panas dan goreng pisang panas2 lagi pasti berselera.
0 lompat:
Post a Comment