CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 31 December 2008

Selamat Tinggal 2008... Selamat Datang 2009


Selamat tinggal 2008 yang membawa seribu makna dalam suka & duka.

Dan

Selamat Datang 2009...

Dengan harapan apa yang saya ingin kan akan tercapai... insyaallah..

Saturday, 27 December 2008

Kursus

Hari ahad lepas pukul 3 petang saya bertolak dari JB Ke Subang Jaya untuk menghadiri satu seisi persekolah murid2 dewasa lagi.:p. Kami pergi 4 orang dari cawangan JB.Naik kereta kawan opis.
Saya sampai subang pukul 7 petang. Masa tu hujan lebat.
Kursus saya pada kali amat miskin lah dikatakan... semua nak cost cutting. Sampai duit hotel pun staff kena bayar. Company ada bagi penginapan di UEM Acedemy kat Petaling Jaya. Saper nak duduk sana...jauh dari makan dan shopping complex.. Itu motif nya kita orang sanggup bayar sendiri duit hotel.
Hari pertama dan kedua makan malam dah tentu kat Sunway Piramid. Mana lagi nak pergi. Ada gak kawan2 kat HQ ajak g Bukit Bintang...Malas lah diaorang clubbing punya kepala. Kalau takat masuk Hard Rock Cafe leh la layan... Jadi Sunway Piramid jer lah g.Lagi pun dah lama tak ke sana.. Dah berubah..Shopping complex pun dah makin besar. Sampai sesat2 dalam tu.Rupanya dia dah ada dua bangunan yang bersambung. Sana sini sales....juling mata jadi nya.
Hari selasa habis kursus terus balik. Konon2 nak ikut Dengkil sebab nak makan satay Kajang. Kami sesat masa kat Puchong. Salah masuk simpang terus entah kemana2 pergi nya. Last2 jumpa pam minyak tanya mana jalan keluar. NAsib baik india tu bagi arah betul.
Jumpa nilai Square... Best gak tgk kain baju sales sampai 80%. Tapi tak singgah lah.Lagipun masa tu dah pukul 8 malam. 2 Jam sesat kat jalan mcm tu jer.Alhamdullilah kami sampai JB kul 1200 malam.

Friday, 26 December 2008

CICAKMAN 2

Sebenarnya cerita nie dah basi pun. Oleh sebab minggu lepas saya teramatlah bz memanjang...jadi saya tak ada idea nak update blog.


Memang best giler cerita cicakman 2 nie... rugi kalau saper tak pergi tengok.Leh membuat kan saya terpengun seketika..Syabas buat Yusri & KRU...


Friday, 19 December 2008

Semakin Bz..

Lama tak update blog. Bukan apa... bz sesangat. Byk citer yang pending sebenarnya.
Hari ahad nie saya akan bertolak ke KL. Saya kena attend course selama 2 hari kat subang jaya.
Nie pun dapat tau semalam. Bosan tul. Menci tullll...Nie course penambahan kerja... bukan penambahan gaji pun.
Dahi nie mmg dah kena cop untuk pergi apa2 aktiviti yang berkaitan dgn company.
Lepas balik dari course saya sambung cuti. Saya berkerja semula pada 30/12/08.
Masa tu mesti bz lagi.... sebab nak closing account semua kan...

Kepada kawan2... selamat berhujung minggu, bercuti Krismas dah juga bercuti sempena Maal Hijrah yang datang ni. Dan Juga Selamat Menyambut Tahun Baru.

Tuesday, 16 December 2008

Jusco Lagi

Ahad lepas hujan dari pagi sampai petang tak berhenti2. Tapi kaki tu dah gatal nak berjalan jer. Ajak hubby g Tebrau city.. dia pun ok jer.
Sampai Tebrau city...nahhh kauuuuuuu... jem giler nak masuk parking. Masing2 nak masuk dalam parking yang berbumbung. Masuk dalam lakk..lagi ramai orang. Jalan asyik berlanggar bahu jer.Niat di hati nak redeem jusco card... ramai tul orang..lagi pun tak boleh nak redeem ... point lum sampai 2k lagi.



Budak nie dah bosan sebab ramai orang. Sementara nak tgu waktu..beli dulu makan muffin kat kenny rogers.Lepak2 jer dulu tgk gelagat orang lalu lalang..


Suka betul tgk pokok krismas nie. Bila di perhatikan orang melayu yang lebih excited nak bergambar kat pokok krismas ni. hehehe...



Saturday, 13 December 2008

Tragedi di hening subuh Khamis...Hubby kemalangan

Hubby saya xcident gara2 dikejar oleh Seekor ANJING....:p.
Sebenar nya kalau nak cerita.. ibarat ketawakan laki sendiri... Tapi saya mmg pecah2 perut ketawa kan hubby saya. Siap kutuk2 lagi.
Cerita nya begini...tiap2 hari hubby saya akan keluar rumah dalam pukul 5.30 pagi..sebab dia ada kerja. Dah bertahun setiap hari mmg keluar waktu mcm tu. Entah apa malang pagi tu... dia pergi kerja seperti biasa naik motor. Hubby saya nie.. dia suka lalu depan rumah india tu. Sedang kan depan umah saya ada gak jalan keluar yang akan tembus laluan yg sama. Dia mmg cukup berkenan lalu depan umah india. Dah tau kat situ bomoh india tu suka buang benda2 sembahyang dia. Pastu byk anjing pulak kat situ. Orang degil mmg itu akibat nya.
Baru nak kuar simpang dia kena kejar dgn anjing india tu. Siap tertonggeng2 kat longgok sampah lagi...:p
Nak belok kiri x leh sebab ada bas, nak belok kanan ada anjing... nak tegak ada sampah n longkang... jadi redah jer. Entah apa meroyan agaknya anjing tu...Lepas dia dah tertonggeng kat sampah tu... anjing tu terus blah mcm tu jer...hahahaha........saya pulak selalunya setiap kali dia nak g kerja saya mesti bangun... tapi hari tu entah mcm ner saya leh tido mati. Sedar2 jer dah pukul 630 pagi...
Kadang2 saya terfikir... kalau cina bela anjing dia pandai jaga anjing dia... tapi kalau india.. mana dia reti nak jaga anjing dia. Pastu selalu tak mengaku.

Nie kesan luka2 tu. Ada lagi tapi tak leh nak tunjuk. Kat pinggul n bahu bengkak. Esok nya bangun pagi baru rasa sakit2 satu badan. Suruh g klinik tak nak..urut jer lah.


Friday, 12 December 2008

Antoo Fighter





Hari raya Aidil Adha yg lepas nie...saya singgah beraya kat umah akak ipar jer kat Johor Jaya. Sekejap jer kat umah akak ipar.Dalam pukul 5 petang semua adik beradik suami pun balik ker rumah masing2 tapi saya singgah Jusco Tebrau City. Budak nie nak tengok wayang pulak. Layann jer lah..ahhh mengantuk lah tgk citer Antoo Fighter nie. Lawak bodoh dan lembab pulak jalan citer dia.Selama 2 jam dalam panggung wayang saya asyik menguap jer. Nyesal n membazir jer. Baik tgk citer Lost dan Faun.
Sempat gak singgah Jusco...bila nak krismas nie...mcm2 sales ada... semua baju2 baru dan cantik2 semua. Sales giler2...Jadi tengok jer lah... sebab duit utk shopping dah habis dikerjakan sebelum ni. Padan muka aku... saper suruh beli yang bukan2..





Thursday, 11 December 2008

LC Catering

Hari sabtu lepas kan birthday saya. Jadi kami makan2 lah LC Catering lagi. Minggu lepas pergi mcm tak puas jer makan nasi serai ayam penyek dia... Kali nie repeat lagi. Bila hidangan saya dah sampai saya ternampak pulak steak yang diletak atas kuali panas... emmm... terus hilang selera saya dgn hidangan saya nie. Saya kalau nak makan steak mesti nak yang atas kuali panas tu.Macam tak kick kalau steak masuk dlm pinggan biasa. Kuali dia yang hitam tu lah yang membuatkan steak rasa sedap...ahhh... nanti leh terjah lagi makan steak pulak..




Nie set hidangan saya.

Chicken chop - anak saya punya
Arabian iced blended choclate - anak saya punya. Saya n hubby minum fresh orange n durain belanda.Lupa nak snap gambar.

Beg pink


Sabtu lepas dalam tengahari saya ada hal... jadi hubby hantar saya ke Apartment Bukit saujana.
Selepas tu dia ambik adik dia dan terus pergi ke Ulu Tiram sebab opismate adik dia ada wat kenduri. Saya tak pasti kenduri apa.
Tapi yang penting dapat bontrot* yang cantik lagi. Suka saya. Cantik pulak tu..Apa pun terima kasih atas pemberian nie.
* bontrot - buah tangan utk di bawa pulang. Nie bahasa jawa. Kalau kat johor dah biasa guna perkataan nie.

Wednesday, 10 December 2008

Kerusi urut Ogawa

Mobile seat dari Ogawa nie hubby yang punya. Selalu sakit2 badan.. jadi dia belilah. Lepas seminggu order mobile seat nie ada pulak promosi beli mobile seat dapat lagi satu tempat urut untuk tapak kaki. Tension giler...

Mula2 letak dalam kereta... saya kata tak sedap la benda nie letak dalam kereta... mcm tak selesa. Hubby kuarkan terus letak dalam rumah. Jadi sambil duduk2 bersantai leh lah urut bdan sekali. Insyaallah kalau ada rezeki nak beli yang urut kaki pulak. Kaki saya selalu sakit2.

Lagi projek keras tangannn

Alas kerusi ni saya tempah dgn kak yah.Lama gak saya tempah dari bulan lepas baru hari sabtu lepas siap. Itu pun saya byk kali tanya bila nak siap baru dia siapkan. Almaklum lah dia bukak kedai kat kip mart... jadi masa dia terhad utk menjahit.
Saya rasa saya nak tambah span kat alas kerusi nie. Dia jadi tak rata... mcm tak cantik. Tak per...nanti saya beli span... saya tambah lah sendiri. Meja makan tu sempoi sgt...jadi saya pun pergi kedai cermin bagi ukurun... 3 hari selepas tu siap..Sebelum nie guna plastik. Asyik senget2 jer plastik tu... Kos cermin dan alas kerusi lebih mahal dari harga meja makan saya tu.

Sekarang dapur kering saya dah ada barang yang sedondon... bakul sampah, tempat tisu, langsir, meja n kerusi makan semuanya dari kain yang sama...
Maaf lah gambar gelap...




Monday, 8 December 2008

Pagi Raya Aidil Adha


Juadah di pagi raya. Saya yang masak...hehee..opppssss...mak saya yang masak lor...saya tukang angkut bawa balik jer. Sebenarnya lauk nie saya ambik malam raya..Mak saya masak byk..
Plan pagi raya nak duduk umah sendiri jer...Tengok la nanti mcm ner.

Sunday, 7 December 2008

Salam Aidil Adha

Salam semua..

Semua Umat yang diKasihi oleh Allah dan beragama Islam. "Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha" Nabi Ismail adalah anak kesayangan Nabi Ibrahim. Namun begitu Nabi Ibrahim redha dengan arahan Allah s.w.t. untuk menjadikan anakandanya (Nabi Ismail) sebagai korban. Diatas ketaatan keduanya, akhirnya Allah s.w.t. telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.Adakah kita mampu untuk berkorban seperti mana Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail? Berkorbanlah dengan apa yang kita mampu. InsyaAllah, tahun baru yang bakal menjelang ini akan memberikan makna yang bernilai untuk kita semua.

Selamat hari raya dari saya sekeluarga... berhati2 kepada sesiapa yang balik kampung..
Selipar jgn lupa... jaga selipar anda...

Friday, 5 December 2008

Cerita sedih anak saya...

Selalunya tiap2 hari kecuali hari sabtu dan ahad... hubby akan hantar & ambik saya dari tempat kerja. Saya nie kerja dalam Pelabuhan yang terkenal dgn kawalan ketat nya. Tak semua orang boleh masuk... senang citer paling leceh nak masuk dalam Johor Port nie.

Sebelum nie adalah gak hubby bawa anak saya masuk dalam port. Kalau nak ikutkan budak2 bawah 12 tahun tak boleh masuk port.Tapi tak sign board yang mengatakan kanak2 di larang masuk. Undang2 mulut jer. Nie alasan orang atasan pihak pengurusan yang semua sedia maklum dia belum berkahwin.. dan bermcm2 prototokol kena ikut..sedangkan kami bukan staff dia pun dia leh komplain itu dan ini... apalagi kalau staff dia sendiri..Staff dia lagi tertekan.

Biasalah kalau 10 kali masuk lepas.. entah mcm ner semalam anak saya tak lepas..Nie mesti kes pak guard tu nak cepat naik pangkat kot...Jadi hubby suruh dia turun berdiri jer sebelah pak guard nanti pusing balik... nak pusing balik ambik masa dalam 5-10 min gitu..apalagi hubby saya terus call saya cakap cepat turun... haris kena tahan dgn guard. Saya yang kebetulan dah bersiap2 nak balik terus angkat beg. Padahal masa tu baru 515 petang...saya dah dapat bygkan dia akan menangis. Hubby pun bawa keta laju... habis semua lori container dia potong... bila nak sampai gate untuk kuar... kat sini ada sport-check lagi. Tiap2 kereta kena bukak bonet. Selalu nya kalau Q pun sekejap jer... semalam leh Q panjang.Rupa2nya.. pak guard yg jaga laluan keluar tu wat keja kelemban nak mampus...Dgn penuh gaya lemah lembut nya bukak bonet... pastu jalan tergelek2...pastu arah2 lori keluar mcm polis trafiic.. alahai... hubby saya dan menyumpah2..Dia tak nampak ke kereta dah Q 1 km dari belakang.

Pastu hubby turun ambik anak saya kat laluan masuk seberang jalan sana..... betul sangkaan saya... dia menangis tersedu2. Bila dia nampak saya jer dalam kereta dia terus meraung. Dia kata..."Ibuuu...Haris takutttt...tak ada orang pun yang haris kenal pun...."Dia bercakap dgn saya dgn sedu sedan nya.
Sedih nya hati saya...saya pujuk dia...saya kata kan penah masuk sini... nanti kan ayah pusing balik. Mana ada pintu keluar lain lagi...Kan pakcik tu ada...
Lagi saya pujuk lagi dia meraung...dia dah mcm takut teramat2 sangat. Cuba kita kat tempat dia dgn usia baru 8 tahun di tinggalkan seorang diri bersama2 dgn orang yang dia tak kenal...
Dalam pada dia menangis tu... saya leh tersenyum sendiri dgn kata2 dia...dia leh cakap.."Jantung haris dah termasuk kt dalam tau... sebab haris takut sgt dan penat menangis...haris ingat ayah dgn ibu tinggalkan haris terus kat situ..berjurai2 air mata dia bercerita dgn saya.Nanti saper nak jaga harisss...."

Hubby kata kalau anak saya hilang dari jagaan pak guard ... memang Johor Port kena saman dgn saya.Dah la hari hujan... banyak pulak cekadak nya. Selalunya anak saya nie tinggal dgn jiran sebelah rumah saya.. tapi cuti sekolah nie dia rajin ikut ayah nya pergi kerja. Nanti petang bila hubby nak ambik saya.. dia duduk rumah sekejap.Tapi jiran saya tau kalau petang2 anak saya ada kat umah.Tapi sejak2 hujan jer nie... takutlah nak tinggalkan dia sorang kat umah. Suruh pergi umah akak tu dia tak nak..Pujuk2 punya pujuk... dia nak beli CD games... layankan lah... daripada dia terus menerus menangis tersedu sedan.

Bila saya tgk dgn mata kepala saya situasi yang dialami olah anak saya ... saya terfikir bagaimana dgn kanak2 seperti nurin & sharlinie di tinggalkan dgn orang yang tidak dikenali.
Sedangkan anak saya yang biasa dgn situasi dalam port ni... boleh menagis ketakutan...apakan lagi kalau kanak2 yang kena culik... renungkan trauma mereka...

P/S: Esok 6hb Dec birthday saya yang ke....hehehe...
Ayah nak belanja makan kat mana?

Wednesday, 3 December 2008

Alahai sitiiii...



Hancur nya hati saya bila barang kesayangan saya pecah. Kat Romantika mana ada jual pinggan mcm nie lagi. Kalau takat tempat telur tu... ada lah...

Nie semua kerja si siti... nanti ko sitiiiiiiiiii... akan ku cincang ko nanti..
Kalau uols nak tau saper siti.... sila scroll down.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Nie dia siti... anak kucing kesayangan hubby aku. Anak kucing nie mmg terlalu nakal dan suka bergurau...bahana nya... barang aku pun dah jadi barang mainan dia.

Award



Cakkkkkkk.... Saya dapat award nie dari unguviolet..Dah lama dapat baru hari ni berkesempatan nak publish.Kepada kawan2 yang berkunjung ke blog saya nie... Terima kasih dan senyum2 lah selalu.Hehehe......................

Tuesday, 2 December 2008

LC Catering

LC Catering..dah lama bukak tapi saya baru first time pergi.Popular dgn nasi serai ayam penyek.
Antara hiasan yang terdapat kat LC Catering nie..
Hubby makan mee hailam... sedappp..

Nasi serai dan... ini lah ayam penyek, sambal belacan & ulam2an... Nasi serai dan ayam penyet nie kena order 1 set. Harga nya kalau tak silap RM 7.90/set.Mmg sedap... leh terangkat beb..

Milo ais, durian belanda & fresh oren.Mmg sedap gilosss... Saya nie jenis susah nak habiskan makanan... selalu nya hubby tukang habiskan... kali nie... licin..
Nanti nak datang lagi...mcm tak puas jer makan hari tu.




Basikal Tua..



Saper punya basikal la nie... siap bergari lagi. Suasana nie saya jumpa kat Traffic light Tebrau simpang nak ke Holiday Plaza. Siap bungkus plastic lagi tempat duduk tu... Nie mesti mat bangla punya..

Monday, 1 December 2008

Koleksi terbaru..


Semasa jalan2 kat Danga Mall..singgah metrojaya jap...ada lak jual barang ben 10 nie..tak tau nak pilih apa..



Last2 haris pilih Bekas air Ben 10 jugak pilihan nya.

Saya sejak2 nie suka sgt kumpul tisu paper... pantang nampak yang cantik..suka beli... bukan pakai pun... simpan jer..


Saya minat dgn handbag nie...kalau tak silap jenama berberry..Tapi saya tak boleh nak beli sebab nak kumpul..Plan nak g pantai timur bulan 3 nanti.
p/s buat hubby:
Ayah, sabtu nie birthday ibu... tak nak beli kan handbag ni utk ibu ker.. ayah kan baik, rajin...











Danga Mall

Hari sabtu lepas aktiviti window shopping je. Tak tau nak tuju mana...pergi danga mall. Ingat lah ok la..rupanya sama jer mcm shoping complex dulu gak. Tak byk lagi kedai yang bukak. Yang byk kedai jual games.Hempeh tul..

Tengok dari luar mcm best jer....Posing dgn kereta mini cooper... Bujang nie kata nie keta Mr Bean..

Bergambar kat pokok krismas yang paling besar kat situ..