Kasut yang baru beli semalam. Dah lama x beli kasut.. Saya kalau dah berkenan x kira murah atau mahal..Pilihan saya kebanyakan yang fancy2... hehehe...
X kisah lah orang nak ketawakan rupa kasut saya... janji saya suka, ringan dan sedap memakai nya...
Ni antara koleksi2 kasut saya. Banyak yang saya dah buang..
Wednesday, 30 July 2008
Kasut pink
Dicatat oleh Noris di 8:43:00 am 2 lompat
label koleksi kasut
Monday, 28 July 2008
Barang dari elyza...
Dicatat oleh Noris di 12:54:00 pm 2 lompat
label English koleksi
Aktiviti hari ahad..
Dicatat oleh Noris di 12:34:00 pm 0 lompat
label JJCM
Sepetang bersama Chef Ismail & Chef Florence
Barang2 promosi dari nestle. Murah lah dari kedai luar.
Kalau kat kedai luar Cornflake 500gm dalam RM13++ ... tapi jual RM8.00.
Sesi bergambar dgn Chef..
Dicatat oleh Noris di 8:44:00 am 1 lompat
label Sepetang bersama Saji
Friday, 25 July 2008
Team Building
Boringgggg.... sedih...bengang....
Macam2 perasaan ada...muka saya nie mcm dah ada cop mohor kalau bab g kursus ke, team building, meeting ker, apa ker jadah ker... muka saya jer yang kena..
Tapi kalau nak wat recomendation untuk naik gaji ker, naik gred ker, naik pangkat apa kan lagi...
naper nama saya x pernah tersenarai???????
Tak adil kan...Itu lah boss di tempat saya... kerenah birokrasi & pilih bulu...
Saya terpilih lagi sekali untuk g team building pada 23 & 24 aug kat Port Dickson.Dah nak puasa...saya tengah byk kerja waktu tu...
Yang bengang tul tu..bos dan korni2 nya x tersenarai....tak adil kan..
Dicatat oleh Noris di 10:39:00 am 0 lompat
label Team Building
Thursday, 24 July 2008
MAKAN MALAM
semalam masak mee sup jer... Mee sup pun yang simple. Masak orang sakit dan malas...Kalau tak masak..nanti lapar ooo...Malam tido gelisah jer kalau perut lapar...
Kalau uoals nampak kaki ayam tu saper2 yang tak makan buat tak nampak jer la yer...... favourite kita tu....
Dicatat oleh Noris di 8:37:00 am 3 lompat
label JJCM
Wednesday, 23 July 2008
FAKTA....
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air sulingdan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celciusakan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalampembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorangpembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebuttidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotongkereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebutdipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenalisebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzodalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini padatahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yangbernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripadapenggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besiberani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarikbutir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untukmenarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicakmenyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornyasupaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudahtentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuhtelinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluarkadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atausilap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burungmempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampirsama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkanmasih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, apielektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wangringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayamdimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yangberupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untukmenggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja olehkawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telahmencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehheheheheheeh....... ....Sentuh la telinga korang ngan siku sampai iakena.......Tak normal la korang maknanya..
Dicatat oleh Noris di 2:44:00 pm 2 lompat
Monday, 21 July 2008
Isnin yang membosankan...
Hari nie saya tak sihat. Deman urat + sakit tekak.Minggu lepas dgn minggu nie saya bz sikit kat umah. Minggu nie pun dah start bz..tapi kena beres kan gak...
Deman dari hari sabtu tak baik2. Nak kena g klinik kot cari MC... hehehe... mmg muka mc tiap2 bulan...
Pagi2 dtg kerja opismate bagi bermacam2 buah2an. Ambik kat dusun dia kat melaka.
Ada rambutan, manggis dan dukong....Alamat nya makin bertambah deman lah nie...
Dari pagi asyik duduk mengadap buah...
Dicatat oleh Noris di 2:14:00 pm 5 lompat
Friday, 18 July 2008
yahoooooooooo....
Ari ni kan ari jumaat... hari paling gembira bagi saya...
Esok x kerja...yahooooooo!!!
Apa xtvt esok yer... mcm biasalah... operasi luar dan dalam umah....gosok baju, lipat kain....basuh bilik air, dan mcm2 lagi la...kerja2 yang meletihkan...
Dicatat oleh Noris di 3:43:00 pm 2 lompat
Koleksi mengumpul habuk...
Nie koleksi ayah dan anak....Koleksi2 nie semua ada kat bilik haris..
Si ibu dgn English style... si ayah dgn koleksi coca-cola n pepsi, si anak koleksi kereta hotwheell..
Dicatat oleh Noris di 8:42:00 am 3 lompat
label Lain2 koleksi
Thursday, 17 July 2008
Kebakaran
Semalam ada kebakaran kat depan umah saya.Anak2 jiran main lighter. Biasalah budak2 nie makin di tegah makin dia nak tau..Ibunya g antar anak dia g sekolah agama.. Itu pun nasib baik ada jiran lelaki yang kebetulan x kerja. Kalau x dah rentung budak 3 orang tu..Kadang2 bila ada kebakaran kita akan jadi panik...dan salah sorang dari jiran saya cakap masa dia nak selamat kan budak2 tu ketika asap dah tebal kita akan nampak budak2 tu makin lama makin mengecil...Nasib baik jiran sebelah umah saya dgn kawan2 dia bantu...sorang tolong tendang pintu, sorang sembur air, sorang tarik budak tu keluar...
Tu nasib baik anak dia yang sulung umur 10tahun duduk tengok tv... terbau hangit g tengok dalam bilik dah penuh dgn asap... bayangkan kalau anak dia yang sulung x ada...emmmm... x leh nak bayang kan.
Malam semalam saya g melawat kejap... mmg teruk bilik dia... jiran saya dah mengigil.. dah mcm fobia dia...
Moral of the story...Kalau kita nak keluar jgn tinggalkan anak2 dalam umah wpun kita nak kuar sekejap saja.. Malang x berbau... bila berlaku sesuatu...semua orang akan jadi panik..
Dicatat oleh Noris di 9:51:00 am 1 lompat
Tuesday, 15 July 2008
DBU OUTING - PART 11
souvenir yang saya dapat. Tuala kecil & termos air. Ok lah dari x dapat.
Acara senamrobik. Saya x join pun tukang ketawakan orang jer..
Dia nie yang bw geng2 ppuan.. Masa nie nak kemas2 nak balik. Betul2 ikut tema kampung. NAsib baik x der anugerah pakaian terbaik... kalau x mesti dia menang. Opismate saya nie mmg mcm nie..ikut sedap hati dia jer nak pakai apa...Mcm kat kampung dia jer dia wat.Kitaorang ketawa dan kutuk2 dia wat x tau jer..
Masa nie dah nak berangkat. Balik kami semua singgah tangkak. Apalagi nak nyopping baju raya ler...Tapi saya dah siap untuk raya ...ingat nak ikut2 jer dia orang nie.. tiba2 ternampak langsir corak sama mcm elyza..apa lagi..la..yang bunga rose warna pink tu..juling biji mata jap.Kalau kat elyza semeter dalam RM30-35.. kat tangkak saya dapat semeter RM15 jer...Harga yang dia pamerkan RM25.00.
Tapi kualiti x sama mcm elyza lah...Alah mana orang tau saya beli kat mana pun...heheheh..Nanti saya update gambar langsir tu...saya lupa nak ambik gambar...sbb balik tangkak saya terus g umah mak saya dulu...sb excited nak antar langsir..hehehe...
Selain dari tu saya..beli langsir untuk bilik anak saya.. warna biru gambar spongebox...tapi anak saya suruh wat sarung bantal dia pulak.Cikabg kata nati g tangkak lagi beli...hrp2 cukup bulan nie dapat lah g...
Dicatat oleh Noris di 12:50:00 pm 2 lompat
label Team Building
Monday, 14 July 2008
DBU OUTING - TIARA BEACH RESORT 12-13 JULY- part 1
Acara semasa dinner... ok lah gak
Pemandangan dari dalam bilik..
Dinner..warna tema biru..Masa nie acara belum mula lagi..
lagi acara masa dinner.
Kat R&R machap
Opismate yang baik.. suka melayan kami ..sebelah dia tu perempuan gakk.. tapi lain identiti..
Masa makan tengahari
Muka penat masing2...
acara telamatch..
Beg saya...mcm nak g lama jer..
Saya bertolak dari umah kul 545 pagi..cikabg antar kat umah kawan saya...geng2 ppuan semua kena naik avanza. Sesampai jer kat umah opismate saya... ambil lagi geng kat dpn kipmart tampoi dalam kul 620pagi ... janji 2 orang tunggu kat situ...tapi anak dara yang lambat sampai.Bila dah sampai... ambik lagi geng lagi 3 orang dkt simpang Bt 10, skudai...nie lagi sorang anak dara terhengeh2 ..mak2 dara sumer on time... anak dara jer kelemban...Last2 kita orang bertolak pukul 7 pagi dari JB.. singgah machap untuk sarapan pagi...kat sini pun masalah gak.. anak dara mkn mcm pengantin...aduhhhh...siksa tul tunggu diaorang nie makan.
Siap jer terus bertolak ke Port Dickson. Kami jangka mesti sampai dalam kul 1030 pagi..Ikut jalan h'way kuar kat ayer keroh...terus masuk highway baru..ntah apa namanya... lepas tu ikut jalan tepi laut..Jakun jap tengok umah2 kat melaka...tiap2 umah bergayut buah rambutan n buah durian...alhamdullilah kami sampai dalam 1030 pagi..
Sampai jer terus register nama... ambil baju dan salin baju dulu..
Kami dipanggil untuk masuk dalam kumpulan untuk persediaan untuk pelbagai aktiviti.
Saya masuk dalam kumpulan 14. Nasib baik ada opismate sorang dalam tu... kalau x boring gak..
Mcm2 activiti seperti kampung race, kampung hunt dan kampung match. Saya masuk kampung match jer.. Mula2 masuk kampung hunt... bila dengar kena tangkap itik...eeeee....nak tangkap ayam pun geli apakan lagi nak tangkap itik....hehehe...anak orang bandar bak kata cikabag..
Tapi dalam hati teringin nak masuk kampung race. Yang nie mencabar giler... wat rakit, flying fork(betul ke ejaan nie), lari atas titi... tapi pasal nie kerja berat dan membabitkan stamina yang tinggi... jadi saya kena lupakan jer..Semua aktiviti selesai kul 6.00 petang. Untuk persembahan malam group kami wat persembahan POCO-POCO...masing2 dah tak ada idea wat berlakon ker...apa ker... poco2 jer senang.Nie pun x banyak saya ambil... sbb byk xtvt kena wat..Nanti apa pulak orang cerita...asyik nak ambik gambar jer mcm wartawan pulak... hehehe...malu jer..
Dicatat oleh Noris di 4:41:00 pm 2 lompat
label Team Building