CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 7 October 2008

Petang sebelum raya..

Hari selasa saya berkerja lagi tapi half day. Balik umah kemas2 apa yang patut. Kemas sikit2 jer. Vacuum, mop lantai, lipat baju, gosok baju kerja, baju sekolah anak siap2 kan semua termasuk kemas beg sekolah haris sekali.... nanti balik raya tak lah kecoh. Biasalah nanti kalau dah penat tau nak marah jer.


Malam semalam pegi angsana cari barang yang yang saya idam2kan... hahaha.. apa lagi cari pinggan ala2 english. Masa pergi hari sabtu pinggan sikit punya lah banyak... bila saya pergi hari isnin... pinggan yang saya berkenan tu dah habis......saya tak puas hati saya cari kat celah2 rak.. tak ada. Frust jgn cakap lah.Tapi nak sedapkan hati saya belilah gak pinggan makan dapat 5 pcs, piring dapat 4 pcs, mangkuk lauk dapat 2 pcs...nanti minggu depan harus terjah lagi kat romantika...tambah2 lagi apa yang patut. Ingat nak beli bunga... bunga pun habis kat romantika tu....nie lah akibat kalau shopping last minit..


Dalam sejam kat romantika saya singgah jakel beli cadar bunga2 english.Murah jer...Tapi tu lah yang berkenan mesti dah habis... Tapi beli lah gak.
Dah dapat apa yang saya nak baru saya teringat saya terlupa nak beli minyak wangi...Kat jb nie kalau nak cari minyak wangi mcm tak ada pilihan. Tak kan kerana nak beli sebotol minyak wangi kena tawaf 5 6 shopping complex.


Jadi hubby suggest beli kat satu kedai kat angsana dia ada jual mcm2 minyak wangi..


Beli lah satu... saya beli jenama berberry (betul ker ejaan nya??)...selama ni saya dah pakai eternity, ck, dior, tommy hilfiger dan entah apa lagi dah tak ingat... kali nie nak cuba berberry...


ok lah sesuai dgn kehendak saya.Tapi lupa nak ambik nak gambar. Mcm tak ada mood nak kuarkan camera.



Nie cadar yang saya beli. Belum apa2 dah dirasmikan oleh bujang sorang nie.


Langsir untuk pintu sliding depan.
Langsir dapur bunga2 ros english. Lupa nak snap gambar...

Kembali berkerja...

Assalamulaikum semua dan selamat hari raya..
Hari nie saya kembali berkerja setelah seminggu bercuti. Balik dari kg demam dan buang2 air besar jer. Mana tak nya... setiap kali beraya mcm2 makanan masuk.Nak tau xtvt semasa raya...
tunggu update dari saya....

Monday, 29 September 2008

Shopping time..

Hari sabtu bangun jer terus penyakit rajin datang. Kali nie bersihkan lagi habuk2 yang bersawang kat kipas angin. Buat sendiri lah. Nak harap hubby dia sibuk kerja pulak.

Jadi wat lah perlahan2... siap semua kipas dah dibersih kan. Dah siap kemas umah pukul 2 petang bergerak pergi umah mak nak ambik langsir. Belikan mak barang yang dia kirim terus pergi umah dia. Tak singgah mana2 sebab haris pening kepala. Sampai umah mak duduk menyandar jer lah...

Haris pulak asyik cakap... "ibu.... haris pening..." saya cakap tunggu lah dah petang sayang kalau buang posa. Pukul 530 petang haris cakap lagi..."ibu.... haris dah tak tahan...." saya kata tunggu jap la...Dalam pukul 615 petang... saya tengok muka haris dah pucat.. dia dah mengigil2...siap cakap lagi dia dah tak tahan. Sebab kesian takut apa2 terjadi saya bagi dia minum air... sampai 2 gelas air dia minum, makan nasi dgn lauk kicap sebab lauk lain tengah masak. Sambil makan tangan dia saya tgk dah terketar2...saya suruh dia makan kenyang2... Lepas makan saya tanya dia pening pala lagi ker... dia kata pening lagi... saya mandikan dia... lepas tu baru dia boleh bercakap dan ketawa2 dgn saya. Dari yang tengahari tadi nak bercakap pun mcm dah tak larat. Mcm mana tak larat... dia bersahur pukul 11 malam. Malam lepas tgk cerita shin shan dgn doremon baru saya nampak dia ceria.

Dalam puluk 8 malam saya kuar dari umah mak saya nak g angsana... kebetulan kawan saya pun nak jumpa kat angsana. Punya lah jem... pening pala.Dah masuk angsana jgn lah cakap...nak beli apa pun semua nya kena beratur.Saya malas lah nak pening2 pala. Lepas jumpa kawan saya, saya terus balik sampai umah pukul 1230 malam. Terus bersemangat pasang langsir... sampai pukul 2 pagi.Esok pagi bangun sahur, sambung pasang langsir yang tergendala malam semalam. Kemas2 apa yang patut, kuarkan pinggan mangkuk yang nak guna masa raya nanti. Senang nati tak payar nak huru hara nanti.

Plan tengahari saya nak ke Jusco tebrau city nak cari handbag & perfume... pukul 2.00 petang kuar umah... pegi tebrau city lagi jem. Parking penuh... orang ramai..gilerrr weiiii...

Masuk lah dalam butik guess nak cari handbag... kalau dalam tu pun ramai orang...jadi apa yang saya tgk semua nya tak berkenan.Lepas tu cari kasut haris dkt al-ikhsan sport... pening2...saya rasa atas kepala saya nie dah nampak bintang. Dapat lah beli kasut sepasang. Masuk jusco nak survey handbag lagi dgn perfume... lagi berderet manusia. Last2 saya tak beli apa pun... hanya hubby dan haris jer yang beli barang.

Balik dari jusco singgah stulang... berbuka di sana bersama2 dgn adik beradik belah hubby..

Plan lepas berbuka nak g giant nak belanja barang dapur... hampehh jugak.

Adik saya pulak baru sampai dari kl... kunci pagar dia tak ada...jadi tak kemana pun terus balik.

Malam nie ingat nak g angsana lagi.Nak cari handbag, perfume, baju kurung dgn pinggan. Saya dah terberkenan satu pinggang makan kat Romantika. Hari sabtu pegi tgk... orang ramai beratur.. jadi pendamkan perasaan tu... tapi tak boleh tahan.. tdo pun termimpi kan pinggan tu...

Malam nie harus g serbu..
Nie koleksi mangkuk kuih saya. Alas meja tu... sama dgn dgn langsir saya...hahha... bukan ellyza punya... beli kat tangkak jer...Hisss... kalau dapat lah pingan makan... tentu match kan...

Friday, 26 September 2008

Khas untuk semua sahabat ku..


Salam aidilfitri dari saya sekeluarga kepada semua kawan2 yang mengenali saya tak kira dimana jua berada. Kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa..sepuluh jari saya memohon ampun dan maaf.
Hari raya pertama dan kedua saya berada di Kg Skudai & Kg Stulang Baru..hehehe..
Raya ke 3 baru balik muorrrr...Nak beraya umah atok, makcik2, pakcik2 dan mungkin umah kakak ipar sekali.

Friday, 19 September 2008

Catatan seminggu...

19/09/2008
Lama tak update blog.. bukan apa sejak seminggu tak berapa sihat. Demam, sakit tekak, batuk dan selsema.2 hari dapat mc hari nie naik kerja.... banyak yang kena settlekan.Tup..tup... naik kerja dapat berita
hari selasa atau rabu depan kena g hq.Bosan nya tiap2 tahun lagi seminggu nak raya masa tu lah sibuk ada kursus. Tak boleh tunggu lepas raya agak nya... Bosan tul..
Tapi keja sekejap jer... sebab badan dah gigil2... tengahari g klinik lagi mintak MC..
yahoooo....dapat MC lagi. Balik umah apa lagi... lepas makan ubat tido dari kul 1.30 sampai kul 5.00 ptg...Malam dah jadi mcm burung hantu tak boleh nak tido.

20/09/2008
Hari nie kan hari sabtu... jadi lepas bersahur dan wat apa2 yang patut... dalam kul 630 saya tido semula... sedap nya tido pukul 11pagi baru bangun.Kemas2 umah apa yang patut.
Petang dalam kul 6.00 petang g angsana jap.. punya jem jalan... nak parking pun susah.
Sekejap jer g... sebab dah berjanji dgn kawan nak ambik barang... tapi dia tersekat dalam jem... jadi jumpa malam jer.Saya terus menuju ke umah mak saya... berbuka kat sana. Dalam kul 8.30 kuar umah jumpa kawan saya kat utm. Lepas tu baru jumpa kawan saya yang tak jadi nak jumpa petang tadi. Kali nie jumpa kat kempas jer.Lepas tu terus balik umah. Sampai2 umah jer.. bukak langsir...terus basuh.

21/09/2008
Pagi2 bangun bersemangat nak operasi umah besar-besaran.Habis semua sawang2, habuk2 saya bersih kan. Dalam kul 6.00 petang saya kuar umah menuju ke Dorsett Hotel. Berbuka puasa dgn kawan2 opis. Dah lah mahal buffet nya...RM50.00/kepala... tapi makanan nya mcm rate RM30.00 jer...Tak banyak langusung dan tak sedap langsung. Ada ker company saya dah booking dia tak sediakan meja untuk kami semua. Dia suruh duduk mana2 yang kita suka. Apa lagi kena serbu... semua tempat duduk tak cukup untuk menampung staff dan family company saya. Padan muka. Diaorang ingat kita sikit2 punya rombongan ker.

22/09/2008
Naik kerja setelah lama MC... nak koooo... kerja menimbun... sampai2 jer opis terus wat kerja.
Sehingga lah hari nie dah settle lagi. Nak pasti sebelum cuti raya... kerja opis kena habis. Jadi bila cuti raya hati tak risau.

23/09/2008
Saya dapat berita dari kawan saya...berita sedih dan geram pun ada. Adalah salah seorang dari ahli keluarga belah suami wat cerita tak elok pada kawan saya. Kadang2 saya terfikir... saya tak pernah ganggu hidup dia.. kalau berbual pun boleh dikira berapa patah jer... tapi apa yang membuat kan dia tak puas hati dgn saya.Apa salah saya sampai dia tergamak memutar belit kan cerita.Serba salah jadi nya... kalau dilayan pun mengata... tak di layan pun mengata..susahkan manusia nie kalau hidup asyik nak mencari buruk orang jer.Bercerita pulak dgn kawan baik sendiri. Saya tau kawan baik saya nie serba salah... tak tau saper yang betul saper yang salah...
Tapi allah tu lebih megetahui dan maha adil...

Monday, 15 September 2008

Dapat mungee dan Tag dari...




first time dapat mungee dari faina. TQ faina.

Kali ni aku dapat tag dari Faina .. apa pun.. jom baca!

The rules:
Link to your tagger and post these rules on your blog.
Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog..............................................................................................................................................................
Share 7 facts about yourself on your blog, some random,

1. Saya nie sebenarnya berkahwin dgn opismate...Hehehe... jgn gelak tau.Kalau saya tau jodoh saya nie dgn orang sebelah dinding saya, haram saya tak buang masa bercinta dgn orang lain.Saya nie bercinta bagai nak rak selama 8 tahun pastu kawin dgn orang lain dan berambut kerinting pulak tu... (Ayah jgn marah.. kalau marah nanti kena jual). Dulu2 saya penah cakap saya benci tgk lelaki berambut kerinting nanti dapat anak pun rambut kerinting...Dah jodoh kan..Saya berkahwin pada 27hb oktober 1995...sama dgn hari lahir hubby.

2. Saya nie seorang yang terlalu cerewet. Nak bersih jer. Tak pernah berpuas hati kalau orang lain buatkan kerja saya. Sebab tu saya tak nak ambik bibik. Nanti sia2 jer kena bebel dgn saya.

3. Tak suka duduk dia. Ada jer perkara yang saya nak buat sebab saya nie mudah jemu pada satu2 perkara.

4. Dulu saya pun tak suka budak2 mcm faina gak. Tapi dah kawin dan dah anak nie baru sikap keibuan tu ada.Kira dah berubah lah.Perangai pulak mengalahkan budak2 kalau mengakat anak saya.

5. Suka membaca novel dan membeli majalah hiasan dalaman.

6. Saya nie kalau vitaman M saya dah datang... buat apa jer semua dah jadi.

7. Pening kepala kalau tak ada duit. Lebih2 lagi kalau ada barang yang berkenan... asyik teringat jer.