Wednesday, 31 December 2008
Selamat Tinggal 2008... Selamat Datang 2009
Dicatat oleh Noris di 5:02:00 pm 2 lompat
label Coretan
Saturday, 27 December 2008
Kursus
Hari ahad lepas pukul 3 petang saya bertolak dari JB Ke Subang Jaya untuk menghadiri satu seisi persekolah murid2 dewasa lagi.:p. Kami pergi 4 orang dari cawangan JB.Naik kereta kawan opis.
Saya sampai subang pukul 7 petang. Masa tu hujan lebat.
Kursus saya pada kali amat miskin lah dikatakan... semua nak cost cutting. Sampai duit hotel pun staff kena bayar. Company ada bagi penginapan di UEM Acedemy kat Petaling Jaya. Saper nak duduk sana...jauh dari makan dan shopping complex.. Itu motif nya kita orang sanggup bayar sendiri duit hotel.
Hari pertama dan kedua makan malam dah tentu kat Sunway Piramid. Mana lagi nak pergi. Ada gak kawan2 kat HQ ajak g Bukit Bintang...Malas lah diaorang clubbing punya kepala. Kalau takat masuk Hard Rock Cafe leh la layan... Jadi Sunway Piramid jer lah g.Lagi pun dah lama tak ke sana.. Dah berubah..Shopping complex pun dah makin besar. Sampai sesat2 dalam tu.Rupanya dia dah ada dua bangunan yang bersambung. Sana sini sales....juling mata jadi nya.
Hari selasa habis kursus terus balik. Konon2 nak ikut Dengkil sebab nak makan satay Kajang. Kami sesat masa kat Puchong. Salah masuk simpang terus entah kemana2 pergi nya. Last2 jumpa pam minyak tanya mana jalan keluar. NAsib baik india tu bagi arah betul.
Jumpa nilai Square... Best gak tgk kain baju sales sampai 80%. Tapi tak singgah lah.Lagipun masa tu dah pukul 8 malam. 2 Jam sesat kat jalan mcm tu jer.Alhamdullilah kami sampai JB kul 1200 malam.
Dicatat oleh Noris di 10:00:00 am 0 lompat
label kursus
Friday, 26 December 2008
CICAKMAN 2
Sebenarnya cerita nie dah basi pun. Oleh sebab minggu lepas saya teramatlah bz memanjang...jadi saya tak ada idea nak update blog.
Dicatat oleh Noris di 12:05:00 pm 0 lompat
label Coretan
Friday, 19 December 2008
Semakin Bz..
Lama tak update blog. Bukan apa... bz sesangat. Byk citer yang pending sebenarnya.
Hari ahad nie saya akan bertolak ke KL. Saya kena attend course selama 2 hari kat subang jaya.
Nie pun dapat tau semalam. Bosan tul. Menci tullll...Nie course penambahan kerja... bukan penambahan gaji pun.
Dahi nie mmg dah kena cop untuk pergi apa2 aktiviti yang berkaitan dgn company.
Lepas balik dari course saya sambung cuti. Saya berkerja semula pada 30/12/08.
Masa tu mesti bz lagi.... sebab nak closing account semua kan...
Kepada kawan2... selamat berhujung minggu, bercuti Krismas dah juga bercuti sempena Maal Hijrah yang datang ni. Dan Juga Selamat Menyambut Tahun Baru.
Dicatat oleh Noris di 12:56:00 pm 1 lompat
label Coretan
Tuesday, 16 December 2008
Jusco Lagi
Ahad lepas hujan dari pagi sampai petang tak berhenti2. Tapi kaki tu dah gatal nak berjalan jer. Ajak hubby g Tebrau city.. dia pun ok jer.
Sampai Tebrau city...nahhh kauuuuuuu... jem giler nak masuk parking. Masing2 nak masuk dalam parking yang berbumbung. Masuk dalam lakk..lagi ramai orang. Jalan asyik berlanggar bahu jer.Niat di hati nak redeem jusco card... ramai tul orang..lagi pun tak boleh nak redeem ... point lum sampai 2k lagi.


Dicatat oleh Noris di 11:00:00 am 0 lompat
Saturday, 13 December 2008
Tragedi di hening subuh Khamis...Hubby kemalangan
Hubby saya xcident gara2 dikejar oleh Seekor ANJING....:p.
Sebenar nya kalau nak cerita.. ibarat ketawakan laki sendiri... Tapi saya mmg pecah2 perut ketawa kan hubby saya. Siap kutuk2 lagi.
Cerita nya begini...tiap2 hari hubby saya akan keluar rumah dalam pukul 5.30 pagi..sebab dia ada kerja. Dah bertahun setiap hari mmg keluar waktu mcm tu. Entah apa malang pagi tu... dia pergi kerja seperti biasa naik motor. Hubby saya nie.. dia suka lalu depan rumah india tu. Sedang kan depan umah saya ada gak jalan keluar yang akan tembus laluan yg sama. Dia mmg cukup berkenan lalu depan umah india. Dah tau kat situ bomoh india tu suka buang benda2 sembahyang dia. Pastu byk anjing pulak kat situ. Orang degil mmg itu akibat nya.
Baru nak kuar simpang dia kena kejar dgn anjing india tu. Siap tertonggeng2 kat longgok sampah lagi...:p
Nak belok kiri x leh sebab ada bas, nak belok kanan ada anjing... nak tegak ada sampah n longkang... jadi redah jer. Entah apa meroyan agaknya anjing tu...Lepas dia dah tertonggeng kat sampah tu... anjing tu terus blah mcm tu jer...hahahaha........saya pulak selalunya setiap kali dia nak g kerja saya mesti bangun... tapi hari tu entah mcm ner saya leh tido mati. Sedar2 jer dah pukul 630 pagi...
Kadang2 saya terfikir... kalau cina bela anjing dia pandai jaga anjing dia... tapi kalau india.. mana dia reti nak jaga anjing dia. Pastu selalu tak mengaku.
Nie kesan luka2 tu. Ada lagi tapi tak leh nak tunjuk. Kat pinggul n bahu bengkak. Esok nya bangun pagi baru rasa sakit2 satu badan. Suruh g klinik tak nak..urut jer lah.
Dicatat oleh Noris di 9:00:00 am 1 lompat
label Coretan





