Waspada serunding babi di pasaran
Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babidalam lima jenama."Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.
Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:
Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
Abon/dendeng sapi asli cap ACC Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benaratau tidak tercatat pengeluarnya.Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.
Wednesday, 22 April 2009
AWAS.. SERUNDING BABI..
Dicatat oleh Noris di 1:40:00 pm 1 lompat
label Coretan
Tuesday, 21 April 2009
Salam Semua
Dah lama tak update blog. Dah bersawang + semak samun. Bukan tak ada cerita ... ada.. masaalah nya pc kat umah tu problem...jadi kena di servic lah. Maklumkan pc kat umah tu dah tua... jadi segala bagai urat2 nak kena betul kan semula.Kat opis tak boleh nak update blog.
Insyaallah esok saya saya update blog saya.
Nanti saya tunjuk barang2 english yang saya beli yer..
Dicatat oleh Noris di 11:16:00 am 0 lompat
label Coretan
Wednesday, 18 February 2009
Geng...pengembaraan Upin & Ipin.
Saya dah tgk cerita nie sabtu lepas...Ramai wooo manusia. Mula2 pergi jumaat malam..Dah la beratur panjang...konon2 nak tgk kul 910 malam...dah sampai kaunter..cissss boleh penuh.
Last2 booking untuk hari sabtu punya. Tgk kul 7malam. Nak tgk siang budak sekolah kan.
Nasib baik saya booking awal...masa saya sampai kul 630 lagi panjang beratur.Mmg penuh panggung weiii...Cerita nya best pada saya. Pada budak2 lagi best sebab dalam panggung tu riuh rendah dgn ketawa...Lepas nie nak beli dvd pulak lah..
Dicatat oleh Noris di 8:00:00 am 4 lompat
label jalan-jalan, movie
Tuesday, 17 February 2009
Layang-layang..
Nie aktiviti minggu lepas.Tu pun plan dah last minit...dah pukul 6 petang baru sampai kat bukit layang2. Dapatlah main layang2 1 jam jer.
Minggu nie kat Pasir Gudang ada Festival Layang-layang Peringkat Antarabangsa dari 17-22 Feb2009. Belum lagi pesta layang2... bukit layang2 nie dah mcm pesta layang2. Nak main layang2 pun susah... Penuh dgn layang2.Tapi mcm biasalah mana ada lagi layang2 harga Rm1.00. Paling murah pun dah RM6.Lupa nak tunjuk gambar layang2 bujang nie. Mula2 beli gambar batman...tapi rosak...jadi tukar dapat lah gambar sonic... belasah jer lah janji layang2 naik tinggi.
Dicatat oleh Noris di 8:00:00 am 1 lompat
label Coretan
Monday, 16 February 2009
BBQ
Nie cerita yang dah terlalu basi. masa nie cuti Thaipusam.Pertama kali saya wat BBQ kat umah sendiri. Selama nie selalu join dgn FIL sajor..Syok gak bbq kat umah sendiri..Mmg dah lama plan
baru lah termakbul. Syok oooo.... Saya wat yang simple2 jer. Daging burger, sosej, kambing, kepak ayam, udang & ketam.Dalam byk2 daging kambing lah masih terasa2 lagi kelazatan nya....
Emmm... layan jer lah gambar.
Nie sambal asam. Sambal asam nie saya tgk kat blog ceera...mmg sedap lah cicak dgn sambal asam nie. Nanti cuti lagi nak wat lagi lah...masih terasa2 kat tekak nie kesedapan nya...
Dicatat oleh Noris di 8:00:00 am 0 lompat
label BBQ
Sunday, 15 February 2009
Blog ku bermasalah..
Salam semua. Dah lama saya tak update blog. Dah bersawang2...rasanya buka sawang lagi... lalang pun dah tumbuh panjang...Sebenarnya bila saya nak update kat umah..blog saya kosong. Padahal saya dah back up blog saya.Bila saya bukak blog saya tak ada apa pun baik cerita atau pun gambar. Kat opis boleh bukak blog saya tapi saya tak boleh update dari opis.
Sebab tu lama saya menyepi...
Agaknya pc saya nak kena tukar lain kot. Asyik wat hal jer...
Dicatat oleh Noris di 1:33:00 pm 0 lompat
label Coretan